in

Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro

Selangkah demi selangkah, setahun sudahpun berlalu, Ramadan datang kembali. Bagi menyambut kehadiran bulan Ramadan yang hampir tiba, Astro bakal menyediakan pelbagai program hebat untuk ditayangkan kepada para penonton.

Meneraju barisan program-program terbaik ini, Astro Oasis membawakan dokumentari Salam Ramadan China, Salam Ramadan Turki dan drama bersiri Moreh untuk ditayangkan kepada para penonton. Manakala Astro Prima menawarkan drama bersiri Geng Mengaji dan Deru Ombak serta mempertaruhkan empat buah telemovie terhebat, Berselindung Di sebalik Kaabah, Pintu Sakaratul Maut, Cinta dari Kaabah, Pelita Penyuluh Kiblat. Astro Ceria juga tidak ketinggalan menayangkan siri animasi Upin dan Ipin sepanjang Ramadan ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Astro akan Majlis pra-tonton program-program Ramadan Astro tidak lama lagi.

Majlis ini turut mengundang para pelakon drama terlibat yang bakal ditayangkan sepanjang Ramadan seperti Rusdi Ramli, Zul Ariffin, Ayu Raudhah, Khaty Fauziah, Fahrin Ahmad, Fauziah Ghous, Mohd Amirul, Elfira Loy, Aqasha, Nabila Huda, Natasha Hudson, Razak Ahmad, Rozie Rashid, Eja, Intan Azura, Roslan Salleh, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAG A SEAT PERADUAN BARU DARI KLM

Filem-filem Menarik Sepanjang Julai 2011 di 8TV