in ,

Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013

[dropcap]F[/dropcap]ilem drama beraksi “Dampak” yang mendapat liputan dan sambutan yang hebat dan meluas daripada media social, pada pertengahan tahun lalu, apabila pelakon utamanya Aaron Aziz menyebarkan gambar gambar di sekitar pengambaran dan belakang takbir filem itu, di laman Twitter dan Facebook miliknya, kini telah pun siap produksinya dan sedang menantikan penayangannya di bulan September yang akan datang ini.

Filem terbitan Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd dan di bawah arahan Lai Yuk Long, menampilkan pelakon- pelakon A- List Malaysia seperti Aaron Aziz dan Farid Kamil, serta bintang bintang paling popular di tanahair iaitu Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin.

Filem “Dampak” mengisahkan kehidupan dan pengembaraan lima adik-beradik yang bermisi untuk membalas dendam terhadap musuh, kepada ayah angkat mereka seorang bekas ahli kongsi gelap yang mempunyai masa silam yang tersembunyi. Filem “Dampak” yang penuh beraksi dan menghiburkan ini , dikatakan akan membuat impak yang besar di box office nanti, kerana daya tarikan bintang bintang yang mengegarkan filem ini, serta lakon layar dan premis cerita yang sangat menarik dan yang mempunyai satu kejutan besar di penghujung ceritanya. Hampir semua babak-babak yang mengandungi aksi aksi fizikal, dilakukan oleh pelakon-pelakon sendiri, termasuk satu adegan yang melibatkan Farid Kamil jatuh dan tercedera lututnya semasa penggambaran di Lot 10, Bukit Bintang. Walaupun lututnya lebam dan dalam kesakitan, Farid Kamil masih meneruskan adegan yang melibatkannya sampai selesai penggambaran babak itu. Penggambaran filem “Dampak” dirakam di perbagai lokasi di Lembah Kelang, termasuk di perkampongan perikanan popular Pulau Ketam, dan dianggar akan mendapat sambutan yang hebat dari peminat filem beraksi.

Di harap semua rakan rakan media yang amat dihargai, dapat mewawarkan kedatangan filem Dampak ini di layar perak, menjelang bulan September 2013. Aktiviti-aktiviti promosi untuk filem Dompok akan mula diadakan dari sekarang sehingga tayangannya kelak, dan kami bagi pihak penerbit akan memastikan semua maklumat yang berkenaan akan di kongsi dengan segera dengan agensi media anda.

Synopsis, senarai lengkap pelakon utama, dan gambar disebalik takbir telah pun disertakan bersama untuk keselesaan anda. Berita-berita mengenai DAMPAK juga boleh didapati dalam www.dampak2013.com.

Dampak Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cikgu Kemisah Kirby Siri 2 Kekalkan Watak Liza Othman

Gambar Aishwarya Rai di Pelancaran Butik Jam Longines