in ,

Apa Yang Uniknya Aura Cafe di Jalan Maarof, Bangsar

Mabuk kopi? Semalaman tak dapat nak lelap mata sebab minum kopi terlalu banyak. Haha, kalau berterusan macam ni, setiap hari minum kopi orang kata boleh jadi masalah insomnia. Tapi bagi Budiey, menghirup kesegaran kopi sambil menjamu selera dalam suasana yang mendamaikan memberikan satu kenyamanan dan ketenangan dalam diri.

Sehari sebelum datang, sebenarnya, Budiey dah pun sampai ke sini terlebih dulu untuk menyaksikan satu pelancaran dan majlis pembukaan yang diadakan serba ringkas tapi penuh makna bagi pemiliknya.

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Persepsi Budiey dengan pantang larang minum kopi terlalu banyak telah mengubah segalanya tatkala Budiey bersama Team BudieyBuddies dijemput untuk merakam food review GILA MAKAN di Aura Cafe yang terletak di 86, Jalan Maarof, Bangsar. Apa yang boleh Budiey katakan setelah menjengan masuk ke dalam cafe ini, ianya cukup mendamaikan dengan dekorasi yang cukup clean dengan berlatarkan warna putih.

Ya, kebanyakannya berwarna putih termasuklah dindingnya. Cuma perabut yang berkonsepkan Inggeris dan moden memberi suntikan warna yang terang berserta kelabu. Cukup menenangkan si mata yang melihat.

Dua persepsi saya ketika pertama kali ke sini. Pertama, terasa seolah berada di rumah sendiri dan kedua, macam berada di klinik terapi diri.

Aura Cafe menggabungkan terapi dan khidmat nasihat dengan pendekatan yang lebih down-to-earth. Berserta dengan cafe yang cukup menyejukkan mata, pelanggan dapat merasakan diri mereka diwarna dengan Aura Soma dengan cukup mudah. Dikatakan Aura Soma terapi ini dapat membantu pelanggan untuk menyuntik semangat dalam jiwa spiritual melalui rintangan dan pancaroba dalam menangani segala liku kehidupan seharian. Aura Soma juga memberikan pelanggan gaya hidup yang sesuai dengan bakat dan fungsi dalaman diri mereka.

Nama Aura Cafe dipilih sebagai melambangkan tema kafe yang unik ini. Untuk anda yang sukakan tempat yang tenang, sunyi dari kebisingan sambil membaca buku kegemaran atau melakukan kerja dan sebagainya, eloklah singgah.

Alang-alang singgah tu, apa kata cuba sekali terapi yang disediakan. Sudah tentu anda terkejut dengan hasilnya.

Jika Budiey, nak juga seminggu sekali datang sini untuk mengemaskini blog tanpa diganggu oleh sesiapa. Terletak di tepi Jalan Bangsar, Aura Cafe yang tersergam indah ini menyediakan sesuatu pengalaman yang luar biasa buat anda.

Keunikan Aura Cafe ialah ianya menyediakan terapi kepada pelanggan. Pelbagai terapi yang dapat menenangkan jiwa serta menterjemahkan diri anda. Budiey tidak mahu mengulas lebih panjang, cuma apa yang Budiey boleh katakan terapi yang disediakan cukup membezakan kafe ini dengan kafe yang ada di Malaysia ini.

Semasa kami lepak-lepak sebelum rakaman bermula, kami dihidangkan dengan beberapa jenis minuman dan menu yang ada di Aura Cafe. Kalau ditanya kepada Budiey, favourite Budiey tentu sahaja minuman fresh orange yang membuatkan anda rasa segar dan nyaman sekali.

Pokoknya, Budiey kira Aura Cafe memang cocok dengan anda yang ingin lari dari suasana kota. Cukup sempurna lagi apabila makanan yang disediakan cukup enak dan lazat dalam suasana yang santai serta alunan muzik yang menenangkan sudah cukup membuatkan anda ingin datang lagi.

Anda boleh follow Instagram Aura Cafe: @aura_cafe86

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Food Review GILA MAKAN di Aura Cafe

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazli Zainal Jadi Tamu Dalam Program GILA MAKAN di Restoran Cina Muslim

Jom Manjakan Diri & Enak Mandi Spa di Sado Men Spa