in , ,

Khai Bahar Maafkan Individu Yang Buat Fitnah & Tuduhan Liar

“Saya sudah maafkan individu yang buat tuduhan liar itu dan enggan memanjangkan isu berkenaan,” kata penyanyi, Khai Bahar.

Khai berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dirinya dikatakan berseronok dengan rakan lelaki songsang di Langkawi, Kedah ketika arwah ibunya, Rosnah Muhammad, 62, sedang sakit serta meninggal dunia pada 2 Januari lalu.

Memetik Harian Metro, Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 30, menganggap apa yang berlaku sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

“Saya sudah maafkan orang yang buat tuduhan liar itu kerana seperti yang saya beritahu, saya keluar dengan kawan dan orang terdekat ketika itu.

“Saya  juga tidak memilih dan berkawan dengan semua orang.”

Mengenai isu terbabit lagi, kata Khai, dia juga minta pihak terbabit muat naik gambar jika benar tuduhan liar yang dilemparkan itu.

“Ada juga yang cakap itu teguran untuk saya sebab mak tengah sakit tapi saya berada di Langkawi ketika itu.

” Saya pun tak jangka perkara ini, begitu juga adik-beradik lain. Kami tak sempat hendak tengok mak buat kali terakhir. 

“Jadi dengan perkara ini, mungkin saya dapat perbaiki salah dan silap, walaupun saya tahu apa sebenarnya yang individu terbabit mahukan,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Gempak Most Wanted 2023.

Mengulas lanjut dakwaan itu, Khai berkata, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana dia lebih mengenali rakan-rakan yang bercuti bersamanya ketika itu.

Katanya, dia juga bercuti di Langkawi bersama dengan empat kawan baik yang memang sudah dikenali sejak dulu.

 “Mereka juga kawan saya di kampung dan kami juga selalu keluar bersama.

“Jadi sebab itu, saya berasa marah bila individu terbabit cakap perkara tidak betul,” katanya.

Kata Khai lagi, apa yang membuatkan dirinya hilang  sabar kerana ia membabitkan arwah ibunya.

Sementara itu, ditanya keadaannya selepas pemergian arwah ibunya pula, Khai berkata, dia masih perlukan masa untuk mengembalikan semula semangatnya.

“Alhamdulillah, saya semakin baik walaupun  masih lagi bersedih. Bukan tak terima tapi perlukan masa.

“Saya juga luangkan masa bersama dengan kawan-kawan kerana mereka banyak beri sokongan,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna di aplikasi TikTok menegur Khai kerana bercuti bersama rakan-rakannya yang didakwa lelaki songsang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Lakon Adegan ‘Panas’ Dengan Afieq Shazwan Tak Kisah Kata Netizen

Lancar Tak Sanggup Terima, Sean Lee Nafi Dakwaan Cuba Tiru Tarian Jung Kook