in ,

Fara Fauzana Sambut Hari Jadi Yang Ke-33 Tahun Hari Ini

[dropcap]T[/dropcap]erlebih dahulu, Budiey nak mengucapkan selamat hari jadi buat penyampai radio paling popular ABPBH, Fara Fauzana yang telah pun mencecah usia ke angka 33 tahun. Tahniah dan selamat hari jadi buat Fafau. Semoga Fara Fauzana terus maju jaya dan dimurahkan rezeki. Amin.

Semalam, Budiey sempat bertemu dengan Fara Fauzana tiga jam sebelum beliau melangkah ke usia 33 tahun. Hanya sekadar angka, namun pastinya soalan yang klise tentang bila nak kawin pastinya akan ditempuhi oleh penyampai radio ini.

Untuk anda yang mahu menonton temubual Budiey bersama Fara Fauzana bolehlah klik di video kat bawah ini ya:

  1. Tekad Fara Fauzana Menjelang Hari Jadi Yang Ke-33 Tahun
  2. Kenangan Fara Fauzana Sepanjang 7 Tahun di Hot FM

Menurut Fara Fauzana, kalau diizinkan Tuhan, beliau mahu terus maju dalam dunia penyiaran radio dan mahu mencapat cita-cita sebagai seorang bos di Hot FM. Dari sudut karier dan juga kehidupan, beliau mahu terus positif dan mahu memberikan yang terbaik kepada semua peminatnya yang menyokong kariernya selama ini.

Selama 7 tahun bekerja di radio Hot FM, Fafau sudah kalis untuk bangun awal pagi walaupun tak cukup tidur, beliau dah biasa dengan rutin hariannya. Fara juga turut bercerita tentang pengalaman pahit manis dan ada kejadian paranormal semasa di konti Hot FM. Korang boleh klik sendiri video kat atas ni ya.

Dalam video kat atas, Fara Fauzana ada kasi hint untuk anda yang berfikir apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada beliau. Hehe 🙂

Selamat maju jaya, Fafau.

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penyampai Hot FM Suraya Bakal Bernikah Dengan Jurutera

Tasha Shilla Mengakui Sedang Bercinta Dengan Seorang Lelaki?