in ,

Tasha Shilla Mengakui Sedang Bercinta Dengan Seorang Lelaki?

[dropcap]P[/dropcap]ada petang tadi, Budiey ada mendapatkan penjelasan dari mulut pelakon Tasha Shila sendiri berkenaan dengan gossip yang mengatakan beliau kononnya bercinta dan ada hubungan rapat dengan seorang lelaki di pelancaran drama terbaharu bagi slot Akasia TV3, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi di Hotel JW Marriot di sini bersama pelakon-pelakon lain iaitu Fahrin Ahmad, Lydiawati, Datuk Rahim Razali dan Fouziah Gous.

Kenyataan yang diberikan pelakon cantik molek ini mengakui sedang berkawan dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Sila tonton video temubual Budiey Bersama Tasha Shila: VIDEO STATEMENT TASHA SHILA

Namun, kenyataan ini berlainan sedikit dari apa yang disiarkan di Mstar Online di mana pelakon Tasha Shilla mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun Tasha atau nama sebenarnya Natashashella Abdul Razak, 26, berkata, dia enggan mengulas secara terperinci mengenai identiti lelaki tersebut.

“Cukup saya ingin memberitahu yang kini saya sudah berpunya dan kami masih lagi saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Sebenarnya saya tak mahu bercakap mengenai perkara ini. Tetapi memandangkan sudah ditanya, itu sahaja yang saya dapat beritahu.”

Tambah Tasha, kekasihnya itu bukanlah daripada mereka di kalangan selebriti dan dia tidak akan membawa lelaki itu ke majlis-majlis hiburan.

“Biarlah ia menjadi urusan peribadi saya,” tuturnya.

Agak mengelirukan sedikit kat situ, tapi tak pe. Budiey rasa Tasha Shila tak perlu nak malu jika dia benar-benar ada kekasih hati. Tak gitu?

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fara Fauzana Sambut Hari Jadi Yang Ke-33 Tahun Hari Ini

Femes Bazaar Bertema ColorBlock Meriah Dengan Fashionista