in ,

Fara Fauzana Jadi Pengacara Muzik Muzik Musim Baru

Menurut laporan terkini dari Berita Harian telah melaporkan penyampai radio, Fara Fauzana sah dipilih sebagai hos baharu Muzik Muzik edisi 30 bergandingan dengan AG Hot FM. Fara menggantikan Scha Alyahya yang mengendalikan program itu sejak dua musim terdahulu di TV3.

Pengumuman itu dilakukan hari ini ketika berlangsungnya rakaman episod pertama yang diadakan di studio C, Sri Pentas. Pengumuman itu menamatkan teka-teki selama ini.

Fara-Fauzana

AG dan Fara juga bukan asing bersama kerana turut mengendalikan segmen AM Krew Hot FM dari pagi Isnin hingga Jumaat.

Fara sebelum ini pernah mengacarakan program Melodi dan Nona yang turut disiarkan di TV3. Muzik Muzik 30 bersiaran setiap Sabtu jam 6 petang.

“Terima kasih TV3 untuk kesempatan ini. Saya dengan AG pun sudah biasa bekerjasama di Hot FM,” kata Fara yang pernah diberi mandat mengacarakan Anugerah Juara Lagu selama empat tahun.

Kami di Budiey.com mengucapkan jutaan tahniah buat Fara Fauzana. Semoga terus maju! Chayoook!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Sebalik Pelakon Filem AFTER THE WEDDING

Peraduan Menonton Filem KINGSMAN: THE SECRET SERVICE