in

Rahsia Sebalik Pelakon Filem AFTER THE WEDDING

JACOB lakonan oleh MADS MIKKELSEN

Dilahirkan di Østerbro, Copenhagen, Mikkelsen merupakan seorang penari profesional selama hampir satu dekad sehinggalah beliau meninggalkan dunia tarian untuk mempelajari drama di Århus Theatre School pada 1996, bagi memulakan kerjaya dalam bidang lakonan.

Pencapaian penting kerjaya lakonan Mikkelsen:

1996 Kemunculan pertama beliau dalam filem Pusher yang berjaya di peringkat antarabangsa, arahan Nicolas Winding Refn, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang pengedar dadah.

2002 Mikkelsen membintangi Open Hearts, sebuah filem Dogme, oleh Anders Thomas Jensen yang memberikan beliau pencalonan Anugerah Robert dan Bodil pada 2003 untuk pelakon lelaki terbaik. Beliau membawa pulang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Zulu untuk Shake It.

2003 Membintangi filem Sepanyol Torremolinos 73 yang mendapat pujian, arahan Pablo Berger. Menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Anugerah Zulu untuk Wilbur Wants To Kill Himself.

2004 Mikkelsen menerima pengiktirafan antarabangsa bagi peranan beliau sebagai Tristan dalam filem box office Jerry Bruckheimer bertajuk King Arthur (2004).

2005 Mikkelsen memenangi semua 3 Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Bodil, Robert dan Zulu) bagi persembahan hebat beliau dalam Pusher II.

2006 Mikkelsen mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa yang pertama apabila beliau memegang peranan sebagai Le Chiffre dalam filem James Bond yang kedua puluh satu, Casino Royale. Pengkritik filem dari Amerika, Roger Ebert menyebut tentang suasana suspens semasa babak Mikkelsen bersama Bond ketika bermain poker di mana Le Chiffre mengeluarkan air mata darah. Majalah New York berkata “Mikkelsen mengetap giginya seperti seorang pemangsa. Beliau sungguh menggerunkan.”

Beliau turut memainkan watak utama dalam After the Wedding yang dicalonkan sebagai Filem Asing Terbaik Anugerah Akademi (drama Denmark). Bagi persembahan hebat ini, Mikkelsen dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Filem Eropah, 2006. Akhbar New York Times menulis bahawa dalam senario Hollywood, Mikkelsen telah “menjadi pelakon yang boleh diharapkan dengan wajah yang penuh muslihat” tetapi menambah bahawa sebagai pelakon tempatan “beliau adalah sebaliknya: seorang bintang, suatu kepastian, dan wajah dalam lakon layar Denmark yang baharu.”

2007 Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Zulu untuk Prague.

2009 Dengan reputasi beliau sebagai salah seorang pelakon paling seksi Eropah, Mikkelsen memainkan watak Stravinsky yang tampan berpasangan dengan Anna Mouglalis dalam filem Jan Kounen yang mendapat pujian ramai iaitu Coco Chanel & Igor Stravinsky. The Observer menyatakan watak Stravinsky lakonan Mikkelsen secocok dengan watak Coco Chanel lakonan Mouglalis sebagai seorang ” modenis dan memiliki ego yang sama hebat.”

2011 Pencapaian Hebat Eropah dalam Filem Dunia, Anugerah Filem Eropah.

2012 Mikkelsen memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Cannes untuk persembahan beliau dalam The Hunt yang dicalonkan sebagai Filem Asing Terbaik Anugerah Akademi (2014). Pada tahun yang sama beliau telah membintangi sebuah lagi calon Filem Asing Terbaik Anugerah Akademi (2013) iaitu A Royal Affair.

2013 Membintangi siri TV Hannibal yang popular dan menempah kejayaan sebagai Dr. Hannibal Lecter. Persembahan Mikkelsen sebagai Lecter telah mendapat pujian ramai.

Mikkelsen turut memainkan watak utama dalam Age Of Uprising: The Legend of Michael Kohlhaas yang telah dicalonkan untuk Palm d’Or di Festival Filem Cannes.

2014 Mikkelsen mendapat Anugerah Pelakon Terbaik untuk Anugerah Bodil dan Robert bagi lakonan beliau dalam The Hunt.

2015/6 Mikkelsen akan menyumbangkan suara beliau dalam filem Kung Fu Panda 3.

HELENE lakonan oleh SIDSE BABETT KNUDSEN

Lahir di Copenhagen, Knudsen mendapat pendidikan lakonan di Paris walaupun tidak fasih berbahasa Perancis. Selepas kembali ke Denmark, Knudsen telah membawa impak yang besar dalam dunia teater dan filem Denmark.

Pada 1997 Knudsen muncul sebagai watak utama Julie dlam filem komedi Jonas Elmer bertajuk Let’s Get Lost yang menjadi popular di Denmark dan Knudsen menerima kedua-dua Anugerah Robert dan Anugerah Bodil untuk Pelakon Wanita Terbaik. Pengkritik menyatakan prestasi Knudsen sebagai cukup berkuasa.

Pada 1999 Knudsen memegang watak utama dalam filem komedi romantik arahan Susanne Bier bertajuk Den EnesteEne. Filem tersebut telah menjadi filem box office paling besar bagi dekad ini di Denmark. Ia menandakan hala tuju baharu dalam cerita komedi romantik Denmark yang moden dengan pujian diberikan kepada gaya lakonan Knudsen, di mana beliau telah memenangi Anugerah Robert dan Anugerah Bodil untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Knudsen kembali bekerja dengan Elmer pada 2000 dengan memainkan watak utama dalam cerita komedi Mona’s Verden. Persembahan hebat Knudsen membolehkan beliau dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah Bodil.

JORGEN lakonan oleh ROLF LASSGARD

Pelakon Sweden ini terkenal dan mendapat pengiktirafan bagi lakonan beliau sebagai Gunvald Larsson dalam filem adaptasi novel karangan Sjöwall-Wahlöö dari tahun 1990an dan sebagai pegawai penyiasat Kurt Wallander dalam cerita adaptasi kisah detektif popular Henning Mankell arahan Pelle Berglund.
“The Hunters” (1996), ”Such Is Life” (1996), ”Under the Sun” (1998), ”TheMagnetist’s Fifth Winter” (1999) dan “One Step Behind” (2005) adalah antara pelbagai filem yang menerima sentuhan bakatnya yang hebat.

ANNA lakonan oleh STINE FISCHER CHRISTENSEN

Stine Fischer Christensen telah diterima masuk ke Institut Filem Kebangsaan Denmark pada 2005. Dalam lakon layar, beliau telah pun muncul dalam filem “Princess” (2005) dan “Young Andersen” (2004) selain filem baharu oleh Anders Morgenthaler: “Echo” (2007). Beliau turut berlakon dalam beberapa buah filem hasil usaha graduan Institut Filem Kebangsaan Denmark.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIC, Heliza Helmi, Aziz M. Osman Jayakan MALAM UNTUKMU SYRIA

Fara Fauzana Jadi Pengacara Muzik Muzik Musim Baru