in ,

Fara Fauzana, Adam, Aizat di Siri Kedua Jelajah Promosi Majalah HAI Bersama Hot FM

Siri Kedua Jelajah Promosi Majalah HAI Bersama Hot FM

Siri jelajah Hai-Hot FM Road Show diteruskan lagi di lokasi kedua di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka bermula pada jam 3.00 hingga 5.00 petang. Siri jelajah yang pertama telah berjaya diadakan di Village Mall, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Hai, majalah terbitan Utusan karya Sdn. Bhd. mengadakan siri jelajah ini dengan kerjasama radio Hot FM.

Siri promosi ini diadakan adalah bertujuan melancarkan imej dan wajah baru majalah Hai dipasaran disamping mendekatkan Hai dengan pembaca di Selatan.

Untuk makluman, wajah baru majalah Hai mula diperkenalkan pada keluaran 29 Disember 2007 dengan saiz yang lebih kecil, manakala masthead baru bagi majalah ini buat pertama kalinya berada di pasaran pada keluaran 15 Ogos 2008. Kini majalah Hai diterbitkan dua kali sebulan iaitu pada setiap 7 haribulan dan 20 haribulan.

Sebelum bermulanya persembahan artis jemputan, acara promosi ini dimulakan dengan pelancaran wajah baru Hai yang disempurnakan oleh Pemangku Pengarang Majalah Hai, Cik Hamisma Hassan (Emma) beserta wartawan-wartawan majalah Hai.

Majlis yang diacarakan oleh Deejay Radio Hot FM Fara Fauzana ini dimeriahkan lagi dengan persembahan hebat dari artis-artis jemputan terdiri daripada Adam, Aizat, Siti Sarah dan Nikki`. Turut menjayakan siri jelajah ini ialah pelakon baru yang semakin meningkat naik Liyana Jasmay dan Almy Nadia. Majlis juga turut diselang-selikan dengan segmen Kuiz Hai-Hot FM kepada pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan siri promosi ini. Terdapat hadiah-hadiah menarik menanti pengunjung yang berjaya menjawap soalan-soalan kuiz yang disediakan.

Bagi memeriahkan lagi majlis, Viva Zoomer Hot FM membuat lintas langsung dari perkarangan pusat membeli-belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka.

Siri jelajah Hai-Hot FM Road Show ini akan diteruskan lagi di 2 lokasi lain iaitu di Seremban Parade, Negeri Sembilan pada 14 Disember 2008 dan lokasi yang terakhir ialah di Summit USJ Shopping Centre, Selangor pada 21 Disember 2008.

Hai adalah majalah dwi bulanan yang memaparkan bahan terbaru dan terkini meliputi informasi dunia hiburan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hai yang mula diterbitkan pada 3 Ogos 1996 bermaksud Hiburan, Aksi & Informasi.

Utusan Karya Sdn Bhd adalah anak syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditubuhkan pada Oktober 2004. Ia menerbitkan 12 majalah yang terdiri daripada majalah hiburan, kesihatan dan gaya hidup, wanita dan keluarga, pengetahuan am dan isu komuniti. UKSB berbangga menjadi penerbit majalah 12 majalah Melayu popular seperti SAJI, WANITA, HARMONI, KAWAN, MASTIKA, HAI, MANGGA, I-SIHAT, PEMIKIR, URTV, AL-ISLAM dan REMIX.

ATURCARA HAI – HOT FM ROAD SHOW 2008

Tarikh  :  16 November 2008 (Ahad)

Masa  :  3.00 hingga 5.00 petang

Lokasi  :  Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, Melaka
 
3.00 petang – Sesi Beramah Mesra Bersama Deejay Hot FM

3.05 petang – Pelancaran Wajah Baru Hai

3.10 petang – Persembahan Artis 1 –  Adam (2 lagu)

3.20 petang – Kuiz Hai- Hot FM

3.25 petang – Persembahan Artis 2 – Sarah (2 lagu)

3.35 petang – Kuiz Hai – Hot FM

3.40 petang – Persembahan Artis 3 – Nikki (2 lagu)

3.55 petang – Sesi Beramah Mesra Bersama Liyana Jasmay Dan  Almy Nadia

4.05 petang – Persembahan Artis 4 – Aizat (2 lagu)

4.15 petang – Persembahan Artis 5 – Adam (2 lagu)

4.20 petang – Sesi Autograf Bersama Artis Jemputan

5.00 petang – Bersurai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WAN KAMARUDDIN DALAM TALIAN HAYAT

BERTUKARLAH KEPADA U MOBILE – LEBIH GEMPAK DARI BIASA