in

BERTUKARLAH KEPADA U MOBILE – LEBIH GEMPAK DARI BIASA

APA ITU U MOBILE?

Dalam hidup kita, selalunya kita keliru untuk buat pilihan. Sesiapa sahaja memang tak lepas dari menemui jalan buntu untuk tentukan pilihan yang terbaik dalam hidup.

Budiey kira, antara tips paling berkesan untuk buat keputusan adalah melakukan perbandingan dan mengkaji baik buruknya.

Budiey dulunya buntu dengan talian operator mana yang lebih baik. Tetapi kini, Budiey telah buat keputusan nekad untuk berubah. Segalanya untuk faedah yang bakal dikecapi di kemudian hari.

Yea, kini… Budiey memilih U Mobile. 018 buat Budiey rasa begitu jimat dan sesuai dengan gaya hidup yang sentiasa kekal berhubung.

3024141568 07A8D5Ce43 O | 3

U Mobile 018 lebih gempak dari yang lain sebab:

  1. Murah, sangat murah, terlebih murah! Sangat!
  2. Sesuai dengan citarasa Budiey dan karier sebagai penulis blog. Penjimatan berganda!
  3. Pek permulaan tiada bayaran dan berisi RM1. Percuma RM1. Pengiraan bil berdasarkan 1 saat dengan kadar 0.8 sen sesaat dan kadar 8 sen SMS ke semua jaringan.
  4. 25 sen per MMS, anda juga disediakan secara percuma perkhidmatan CLIP, Call Waiting, Call Holding, Missed Call Notification, Call Forwarding, Multi-party Conferencing dan IDD.
  5. U Mobile lebih menfokuskan kepada data dan mobile, bermakna ianya sungguh mesra dengan pengguna yang inginkan yang terbaik.

TERKINI DARI U MOBILE
1. Buatlah panggilan kepada kawan dan famili yang melanggan U Mobile dengan PERCUMA! Untuk SMS pula, lagi murah! Hanya 1 sen sahaja untuk SMS!

Inilah masanya untuk berbual secara percuma. Apa kata ajaklah kawan-kawan dan ahli keluarga untuk melanggan U Mobile dan buatlah panggilan kepada mereka dengan PERCUMA dari sekarang hingga 31 Mac 2009! Tidak kiralah samada anda menggunakan U Mobile Pra Bayar atau Postpaid, pelanggan baru atau lama, selagi mana anda menggunakan U Mobile, anda layak! Selain itu, paling seronoknya sekarang anda hanya dikenakan 1 sen untuk setiap penghantaran SMS ke talian U Mobile! Murah kan? Sebagai pelanggan U Mobile, anda sememangnya layak untuk mendapat yang terbaik! Apa tunggu lagi?

Sekarang ini, korang jugak boleh tukar (switch) nombor sedia ada dari telco yang lain kepada U Mobile. Senang sahaja. Jangan risau sebab nombor anda tak perlu ditukar lagi. Masih guna nombor sama, cuma servis sahaja yang lain. Ternyata U Mobile hebat!

2. Muatturun Ring Back Tone di telefon bimbit anda tanpa had, Mobile LiveTV™ tanpa had dan PERCUMA 5 jenis game untuk dimuatturun!

Semua pengguna U Mobile kini akan dihadiahkan muatturun Ring Back Tone di telefon bimbit anda tanpa had, Mobile LiveTV™ tanpa had dan PERCUMA 5 jenis game untuk dimuatturun! Kini, teman dan famili yang buat panggilan akan terhibur dan enjoy dengan music sementara menunggu panggilan mereka dijawab. Jadi, inilah masanya untuk menggantikan bunyi troot troot dengan muzik terkini tanpa had untuk dimuatturun. Selain itu, enjoy dan hilangkan rasa bosan dengan bermain Games dan menonton Mobile LiveTV™ di telefon bimbit anda. Memang cool! Harus diingat, promosi ini akan sah sehingga 31 Disember 2008.

3. Dapatkan 10 SMS PERCUMA untuk setiap RM10 yang digunakan.
U Mobile dengan bangganya menawarkan 10 SMS PERCUMA untuk setiap RM10 yang digunakan dalam tempoh 30 hari. Bukan setakat itu, setiap penggunaan RM100 dalam tempoh satu bukan akan mendapat tambahan 10 SMS sebagai satu BONUS! Jadi, cepatlah bertindak! Beralihlah ke U Mobile cepat! Tawaran ini akan sah sehingga 31 Disember 2008!

BAGAIMANA UNTUK MULAKAN?

Anda tidak perlu lakukan apa-apa. Pihak U Mobile secara automatik akan memberi ganjaran dengan 10 SMS secara percuma untuk setiap RM10 dalam satu bulan. Paling best, setiap penggunaan RM100 dalam tempoh satu bukan akan mendapat tambahan 10 SMS sebagai satu BONUS! Senang kan?

Sesuai Untuk anda yang suka bergayut!

Untuk korang yang suka bergayut dengan pakwe atau makwe, U Mobile memang sesuai sangat. Murah dan sangat berpatutan.

Yang penting juga, kalau korang suka bercakap sekejap-sekejap atau dalam kata lain, tak suka bergayut lama, U Mobile adalah satu kemestian untuk korang! Memang patut bertukar kerana ianya sangat murah untuk orang yang tak suka bergayut lama-lama di talian telefon.

Untuk korang yang mahukan talian TERBAIK! Apa kata ikuti langkah ini:

Anda hanya perlu memilih nombor simpack yang korang suka.

Jangan lupa untuk mengisi borang pendaftaran prepaid dan sekarang, anda boleh menggunakan simkad.

Jangan lupa untuk membeli kupon reload di mana korang perlu reload kredit mobile dalam masa 7 hari untuk mengelakkan talian anda dibatalkan.

Menunggu masa untuk akaun anda aktif tidaklah lama. Sekejap aje. Selepas shop dealer telah mendaftar line anda, dalam masa setengah jam sahaja, akaun anda akan diaktifkan.

Kalau korang tengok iklan U Mobile di kaca TV, ungkapan “Anda tentukan!”… membuka mata dan akal kita untuk mula berfikir, pilihan itu sangat penting dalam hidup. Oh! Segalanya ada di tangan kita, bukan orang lain. Kalau tidak kita siapa lagi yang mampu mengubahnya?

Melihat kepada warna tema U Mobile pun sudah cukup buat hati tertawan. Menarik dan tertarik. Oren dan menawan! U Mobile begitu menyeronokkan, menghiburkan, happening, dan gempak!

Melalui cara mudah dan innovatif, U mobile yakin untuk mempermudahkan kehidupan para pelanggannya. Penghasilan yang berlainan, bukan hanya ingin tampil dengan lebih unik tetapi untuk memudahkan kehidupan merupakan pegangan utama U Mobile.

Yang paling penting, U Mobile percaya dengan anda! Dan juga anda juga kenalah percaya dengan U Mobile! Ini kerana, U Mobile tiba untuk meningkatkan taraf kehidupan anda, dengan menghasilkan komunikasi dan teknologi mudah, pantas, selesa dan bergaya.

 ANDA TENTUKAN!

Yang mana satu pilihan kalbu… yea… anda yang tentukan. Kerana ini adalah jalan dan hidup anda. Bukan orang lain, tetapi hanya anda!

Anda tentukan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan anda. Anda pilih pelan yang lengkap untuk anda. Anda tentukan telefon mudah alih yang memenuhi citarasa anda. Anda bayar untuk apa yang anda perlukan.

Budiey dah buat pilihan, sekarang… giliran anda pula!

MAHU PILIH PLAN PASCA BAYAR? APA KELEBIHANNYA?

Untuk anda yang berminat memiliki plan pasca bayar U Mobile, 3 pelan penjimatan untuk pilihan anda.

U38 – Yuran Komitmen terendah sehingga 12,000 panggilan percuma

U68  – Kadar panggilan rendah sehingga 34,000 panggilan percuma

U98 – Kadar panggilan rendah dan pakej telefon sehingga 49,000 panggilan percuma.

Oh banyak lagilah kelebihan dan faedahnya… selebihnya anda boleh layari http://www.u.com.my

Budiey menantikan dan mengharapkan untuk mendapatkan kadar data tanpa had paling murah, kadar panggilan paling murah, kadar MMS dan SMS paling murah… dan yang paling Budiey nantikan perkhidmatan data yang begitu lajiu. U Mobile akan membawa kepada kesempurnaan itu menjadi nyata.

3023313705 D9Bd32B798 | 4

PERADUAN MEREKA CIPTA VIDEO ‘ANDA TENTUKAN’ U MOBILE

Khusus untuk anda pembaca Sensasi Selebriti, kini anda boleh memenangi hadiah ‘BESAR’ dalam PERADUAN MEREKA CIPTA VIDEO ‘ANDA TENTUKAN’ U MOBILE. Peraduan ini bermula pada (12 November 2008 hingga 12 Disember 2008). Senang sahaja. Cuma rakam video, sunting dan upload di Youtube!

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?

Senang aje. Ikuti langkah berikut ini:

  1. Rakam sebuah video yang berjudul ‘ANDA TENTUKAN’.
  2. Video yang dirakam itu hendaklah menampilkan aksi anda berhubung dan menggunakan talian 018 U Mobile dengan cara yang kreatif dan menghiburkan!
  3. Syarat utama ialah anda perlu menggunakan skrip ‘ANDA TENTUKAN’ atau ‘CALL THE SHOTS’ dan menunjukkan Pek Permulaan U Mobile dalam video tersebut.
  4. Tonjolkan kreativiti anda dengan video yang lebih kreatif, kelakar, menarik, dramatik, romantik dan sebagainya.
  5. Untuk melayakkan diri anda, video hendaklah diupload di Youtube sehingga 12 Disember 2008.
  6. Segala hasil video yang dihantar adalah hasil kerja yang asal dari anda sendiri.
  7. Hendaklah menghormati jenama U Mobile. Penyertaan hendaklah mengandungi atau menyertai imej U Mobile.
  8. Anda boleh menggunakan seberapa banyak orang dan tidak mengira usia. Walau bagaimanapun, peserta hendaklah meminta izin terlebih dahulu untuk menggunakan suara dan visual individu yang ditampilkan dalam video.
  9. Setiap peserta hanya terhad dan layak untuk menghantar satu penyertaan sahaja. Penyertaan yang tidak sempurna dan melanggar peraturan tidak akan diterima. U Mobile (Penaja) tidak bertanggungjawab atas segala kehilangan, kelewatan, kerosakan dan penyertaan yang tidak lengkap.
  10. Segala penyertaan akan menjadi hak milik penaja dan tidak akan dipulangkan.
  11. Dengan menghantar penyertaan, peserta bersetuju untuk meletakkannya di Youtube.
  12. Video hendaklah diuploadkan di youtube dan jangan lupa untuk meletakkan tag ‘U Mobile’.
  13. Peserta mestilah menghantar segala permintaaan dan syarat daripada penganjur termasuklah syarat daripada semua orang yang ditampil di dalam video.

ISI KANDUNGAN

Setiap penyertaan mestilah sesuai untuk dipamerkan dan dikeluarkan dalam semua bentuk media termasuklah tidak terhad kepada internet, percetakan, radio dan jaringan, kabel atau siaran TV satelit.

Penyertaan yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti lucah, pornografi, kenyataan sensitif yang menyentuh sensitiviti agama, kaum, orientasi seksual dan kenyataan yang berbunyi ancaman kepada individu, tempat, bisnes atau sesuatu kumpulan, tidak melanggar hak dan privacy mana-mana individu, firma atau entiti kaum termasuklah tanpa had, sebarang hakcipta dan trademark bagi pihak ketiga, tidak menonjolkan jenama penaja atau produk dalam mana-mana cara yang mungkin boleh mencetuskan skandal, ancaman kepada orang ramai, kontroversi dan sebagainya. Penaja berhak untuk membuat segala pindaan yang bersesuaian dan menolak mana-mana penyertaan yang tidak bersesuaian dan melanggar segala peraturan di atas.

TIPS BERGUNA!

  1. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan U Mobile seperti warna dan logo.
  2. Gunakan skrip ‘ANDA TENTUKAN’ atau CALL THE SHOTS
  3. Tampilkan gaya yang unik ketika berhubung bersama rakan dengan menggunakan talian 018 dengan menonjolkan Pek Permulaan dan sebagainya.
  4. Elakkan menggunakan jenama barangan lain atau memakai logo jenama lain dalam video anda kecuali logo U Mobile sahaja!
  5. Kalau boleh, untuk lebih menarik, masukkan lagu atau pantun ciptaan sendiri tentang kelebihan U Mobile.
  6. Gunakan warna Oren atau jingga yang mana menjadi warna tema U Mobile.
  7. Video tidak boleh melebihi durasi 3 minit atau 1024MBs.
  8. Penyertaan akan diadili oleh penulis blog, namun begitu pihak U Mobile berhak menentukan keputusan akhir. Segala keputusan adalah muktamad.

Penyertaan akan diadili berdasarkan beberapa kriteria:

1. Keaslian (1 – 25 markah)

2. Kreativiti (1 – 25 markah)

3. Imej Produk yang positif (1 – 25 markah)

4. Tema yang bertepatan yang menceritakan tentang kelebihan dan Susu. (1 – 25 markah)

Sekiranya keputusan adalah seri, pemenang akan diadili semula berdasarkan tema ‘ANDA TENTUKAN’ atau CALL THE SHOTS yang PALING tepat dan kreatif. (100%)

Peserta yang mendapat markah paling tinggi akan memenangi hadiah ini:

  1. U Mobile Goodie Bag
  2. U Mobile 018 Prepaid Starter Pack dan U Mobile 018 Prepaid Top-up voucher bernilai RM50
    untuk 5 orang pemenang

Senarai Pemenang:
Pemenang akan diumumkan di blog Sensasi Selebriti pada:  20 Disember 2008

Pemenang digalakkan untuk menuntut hadiah di ibu pejabat U Mobile. Seandainya pemenang gagal berbuat sedemikian, pihak U Mobile akan menguruskan penghantaran logistik. Untuk itu, pemenang hendaklah mengemukakan butir-butir peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat penuh dan nombor telefon untuk dihubungi.

JOM SERTAI SEKARANG!

Ha! Jadi apa tunggu lagi, kalau sudah faham bagaimana caranya, ikuti arahan yang Budiey tulis ni, dan cepat-cepat ambil kamera… Rakam, Sunting dan Upload di Youtube!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Untuk keterangan lanjut sila layari:
http://www.u.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fara Fauzana, Adam, Aizat di Siri Kedua Jelajah Promosi Majalah HAI Bersama Hot FM

DRAMA JAMU CIK SEMAH URUT PAK ALI LAKONAN EIZLAN YUSOF, DATO’ AZIZ SATTAR, SHEILA MAMBO