in ,

Gambar Sekitar Perlawanan Amal Badminton Tangkis Untuk Palestin

Pada hari Sabtu lalu, Kesatuan Bulutangkis Melayu Muda (KBMM) telah menganjurkan perlawanan amal badminton “Tangkis Untuk Palestin” bertujuan untuk mengutip derma membantu mangsa perang di Gaza, Palestin.

Turut hadir dalam program tersebut, pemain kebangsaan Roslin Hashim yang menceritakan pengalaman beliau berada di bawah latihan Misbun. Menurut Roslin, Misbun adalah seorang yang sangat serius dalam soal disiplin sehingga untuk menjadi seorang pemain handalan, beliau wajib bangun tidur seawall jam lima pagi setiap hari.  

Dalam perlawanan amal Sabtu lalu bagi mengutip tabung untuk mangsa perang di Gaza, KBMM tumpas 3-4 di tangan Rockers United (RU). Pasukan selibriti RU diwakili oleh kumpulan rock Wings dan kelab peminatnya, Sayap-sayap Wings. Antara nama selibriti lain yang mewakili KBMM adalah pelakon Farouk Hussain, bekas pekerja Raja Lawak, Azrul Zaidi dan penyampai Radio Era, Adifashla Juraimi.      

Cenderamata selepas pelawanan amal itu disampaikan bekas pemain beregu kebangsaan, Jailani Sidek. Perlawanan persahabatan amal berjaya mengutip hampir RM2 ribu dan hasil sumbangan orang ramai itu diserahkan terus kepada wakil Mercy Malaysia oleh Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, YB Amiruddin Shaari.   

Program dimeriahkan dengan persembahan daripada kumpulan Pretty Ugly yang mendendangkan dua buah lagu, termasuk lagu berjudul “Dunia” yang ditujukan kepada mangsa perang di Gaza.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAIRUZ SELAMAT BEKAS VOKALIS ANTZ KEMBALI MENYENGAT

Sheila Majid Berduet Dengan Chandra