in ,

Jo Jae Hyun, Ji Sung Dalam Drama New Heart di TV2

NEW HEART : DRAMA KOREA BERCORAK KEDOKTORAN MENGISI SLOT MID DAY DELIGHT, SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS, JAM 12.30 TENGAH HARI DI TV2

Jika sebelum ini penonton berpeluang menyaksikan drama bercorak kedoktoran bersiri Inggeris, terbaharu menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), penonton dihidangkan drama bercorak sama menerusi bahasa Korea yang sememangnya dinantikan penonton. Ia cuba lari daripada kebiasaanya yang mana drama Korea yang sinonim dengan drama plot percintaan menerusi 23 episod siarannya.

3233363603 7De707C028 O | 4

New Heart, drama bersiri Korea mengisi slot Mid Day Delight, setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengah hari di TV2 ini mengajak penonton berkongsi kisah bagaimana dua orang doktor pelatih bertugas di bilik pembedahan jantung bertarung untuk menyelamatkan pesakit mereka. Lee Eun Sung, lulusan sebuah sekolah perubatan yang kurang popular di daerah itu. Dia cuba untuk mengaplikasikan ilmu perubatan yang dipelajarinya dengan sepenuh harapan untuk menjadi doktor yang terbaik di Hospital Universiti Gwanghui.

Manakala seorang lagi doktor pelatih, Nam Hye Suk pula mendapat pendidikan daripada sekolah perubatan terkenal. Dia yang sememangnya terkenal dengan sikap serius dan sangat berpegang teguh dengan pegangan agama tetapi mula berubah setelah mengenali Lee Eun Sung.

Konflik bermula dengan kemunculan Choi Kang Gook yang mengetuai Jabatan Toraks dan Pembedahan Kardioveskular. Sementelahan pula dia berpegang dengan kenyataan hanya doktor dapat menyelamatkan manusia yang lain. Dia seorang yang genius tetapi doktor pakar yang degil dan tidak langsung mengambil kisah polisi hospital tempatnya bertugas. Namun ketika itu hanya Lee Eun Sung dan Nam Hye Suk yang berminat mendaftar diri mahu bekerja di bawah pengawasannya.

Satu hari hospital itu menerima pesakit seorang aktor popular, Lee Dong Gwon yang akan dibedah kerana penyakit jantung yang dihidapinya. Tanpa diduga, Lee Dong Gwon adalah teman baik sejak zaman pra sekolah Nam Hye Suk. Namun kemesraan antara gadis itu dengan teman setugasnya, Lee Eun Sung menimbulkan perasaan cemburu di hati aktor itu.

Bagaimanakah cara pasangan doktor pelatih ini berdepan dengan ketua yang seringkali menimbulkan kekalutan kepada mereka? Pada masa sama adakah percintaan tiga segi Lee Dong Gwon dan Lee Eun Sung yang sama-sama jatuh hati terhadap Nam Hye Suk berkesudahan dengan situasi yang mampu diterima mereka?

New Heart dibintangi pelakon kacak dan ayu Korea iaitu Jo Jae Hyun, Ji Sung, Kim Min Jung dan Lee Ji Hoon.

3233363299 1C4D30D2Fa O | 5

3233363715 C24F405723 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain Tetamu My Starz LG

FAIRUZ SELAMAT BEKAS VOKALIS ANTZ KEMBALI MENYENGAT