in , , ,

Ulasan Program Fail Sulit AF: Rusa Masuk Kampung & Cerita Mat Belia

Hari ini rasanya saya nak cakap sikit pasal Fail Sulit AF di Astro Ria yang bersiaran pada malam tadi.

Lama dah tak bicara pasal Fail Sulit AF rasa ralat pulak. Fail Sulit AF jadi giler sikit sebab ada pengacara yang giler-giler macam Kak Mah. Tidak lama lagi Akademi Fantasia musim kelima akan menemui peminat. Persoalan yang sudah tentu terjawab ialah pengacara AF masih lagi dipegang oleh pengacara No. 1 Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Aznil Hj Nawawi. Tidak ada orang lain yang boleh buat macam Aznil setakat ini. Siapa mahu cabar?

Yang masih menjadi tanda tanya ialah siapakah pengetua dan juga barisan tenaga pengajar AF5. Siapa pun pilihan Astro, saya harap pemilihan biarlah dapat memberikan satu impak dan kesan dramatik kepada rancangan itu sendiri.

Sukar sangatkah untuk menyaingi rating dan aura AF3? Bagi saya, memang sukar kalau tidak kena cara dan tidak ada impak pada penonton. Jiwa orang Malaysia mahu yang macamana… itu yang kena kaji.

Begitu juga persoalan siapakah yang bakal memanaskan kerusi pengkritik tetap AF musim kelima ini. Tu pun masih jadi teka teki. Kalau pengkritik terlalu laser pun tak boleh jugak. Terlalu banyak memuji pun tidak boleh jugak. Pendek kata, biarlah pengkritik yang mengkritik secara jujur dan pujian biarlah bertempat.

Sebenarnya rancangan Fail Sulit AF akan nampak menarik seandainya ada tajuk-tajuk yang betul-betul sulit dikorek dan dicari gali.

Malam tadi, Fail Sulit AF menceritakan perubahan diri bintang selepas memasuki Akademi Fantasia. Ada dua perkara dikorek oleh Kak Mah (Sarimah). Pertama isu bintang AF yang sombong dan tidak pandai jaga diri di khalayak ramai. Kedua, pasal perkembangan terbaru Aidil, bekas pelajar AF3.

Isu bintang AF sombong, kerek, karat apa semua tu dah jadi isu lapuk. Dari musim pertama lagi timbul isu bintang AF tidak pandai melayan peminat, tidak berdisiplin, tidak menepati waktu dan ada krisis dengan wartawan.

Saya berpendapat dengan Kaer AF 2 yang mengatakan kebanyakan pelajar AF berasal daripada kampung dan mereka ini tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan dalam dunia seorang artis. Kaer yang tengah top dengan lagu Izinkan Ku Pergi mendakwa mereka yang keluar daripada Akademi memang memerlukan ilmu dari segi pengurusan imej dan diri. Tempoh selama 3 bulan dalam Akadfemi memang tidak cukup.

Jadi, memang berlakulah kes-kes seperti dianggap sombong, tidak senyum bila jumpa peminat dan endah tak endah je depan jawab soalan wartawan. Sebenarnya itu satu salah anggap. Mungkin pada waktu tersebut mereka kesuntukan masa untuk melayan. Manalah kita tahu kan?

Perkembangan terbaru Aidil
Kini, Aidil tampil dengan gaya rambut yang lebih kepada Mat Belia. Stail belah tepi. Nampak lebih smart. Dan Aidil katanya sedang sibuk merakamkan album di bawah label Luncai Emas. Syarikat rakaman album milik M. Nasir.

Memang minat dan aspirasi Aidil nak jadi pengubah lagu. Sejak dari awal remaja masa usia dia 15 tahun dia sudah berjaya mencipta lagunya sendiri. Lebih menarik lagi apabila lagu pertama yang dicipta oleh Aidil akan dimuatkan dalam album terbarunya. Lagu itu berjudul Adakah.

Aidil yang terkenal dengan gelaran Mat Belia menceritakan bagaimana kasih sayang dan sokongan emak dia telah membuka laluan mudah untuk mencapai cita-citanya. Dia mengaku yang DJ Dave adalah ayah tirinya. Jiwa seni mungkin diwarisi daripada datuknya yang dulu menjadi pemuzik untuk Allahyarham P. Ramlee.

Aidil mengaku yang dia rapat dengan Amy masa dalam Akademi. Rapat sebagai kawan yang ceria katanya. Tidak ada perasaan sayang atau cinta. Kisah paling melucukan apabila dia disandingkan dengan Amy di konsert AF di Putrajaya. Nampak cam real je kan? Dengan Mawi bersilat pulut semua tu…

Menurut bekas pramugara ini, semua lagu dalam AF tidak biasa dinyanyikan. Lagu yang menaikkan nama Aidil ialah Nak Dara Rindu. Sejak dari itu, Aidil digelar Sarjan Katong.

Lagu Matahari pula dikatakan lagu luck bagi Aidil. Dia dapat rasa sesuatu yang tidak kena pada hari itu. Ada orang suruh Aidil tukar kasut sebelum melangkah ke pentas. Kemudian, dia tersingkir.

Dalam sejarah AF, semua pelajar keluar dengan keadaan menangis. Manakala Aidil telah merancang untuk buat-buat pengsan setelah namanya disebut pada masa penyingkiran. Sengaja buat gimik macam tu untuk kenakan kawan-kawannya juga si Aznil. Rasanya penonton di rumah lagilah terasa cemasnya.

Ucapan Paling Sedih Oleh Pelajar Di AF:
1. Ucapan Lotter untuk Faizal:
2. Ucapan Farah kepada kamera yang bernama Joni
3. Surat Wasiat Fitri yang dibaca oleh Linda.
4. Surat Wasiat Edlin yang dibaca oleh Anding.
5. Ucapan Nana sempena Hari Bapa.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Galeri Photo Flickr di Sensasi Selebriti! Nah Jemput Jenguk Tenguk!

Jom Raikan Sambutan Ulang Tahun Pertama Hot FM – Big Jam 2007