in , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Jom Raikan Sambutan Ulang Tahun Pertama Hot FM – Big Jam 2007

Media Prima Radio Network & HOT FM berbesar hati menjemput anda ke HOT FM BIG JAM bersempena dengan ulangtahun pertama HOT FM.

Anda dijemput untuk menghangatkan acara gilang gemilang yang penuh kemeriahan Hot FM Big Jam pada 24 Februari 2007 (Hari Sabtu) di Dataran Shah Alam.

Untuk menghargai jasa dan sokongan pendengar setia HOT FM, buat pertama kalinya kami akan mempersembahkan festival muzik 8 jam tanpa henti bermula jam 4.00 petang hingga 12 tengah malam.

Big Jam

Tarikh:
24 Febuari 2007 (Sabtu)

Masa:
12.00 tgh – 4.00 petang (Siaran Luar HOT FM)
4.00 petang – 12 tgh malam (Persembahan artis)

Tempat:
Dataran Shah Alam, Selangor

Artis yang bakal membuat persembahan:
Sheila On 7, Irwansyah, Mawi, Misha Omar, The Fabulos Cats, Estranged, Ella, Jaclyn Victor, Faizal OIAM, Suki OIAM, Alif OIAM, Dina, Pretty Ugly, Sixth Sense, Zahid, OAG, Nitrus, Fiq Mentor, Nieyl Mentor, Gerhana Ska Cinta, Urban Method, Sofaz, Ahli Fiqir, Farah, Adam, Wings, Ruffedge, Dia Fadila dan Farah Asyikin.

Ini juga peluang untuk bermesra dengan penyampai-penyampai HOT FM yang kian hangat di pasaran. Temui Fara Fauzana, Faizal Ismail, Sharifah Aleya, Ikhwan dan Anne di sana.

“HOT FM LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA”

Jumpa Anda Di Sana!

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Program Fail Sulit AF: Rusa Masuk Kampung & Cerita Mat Belia

Foto Sneak Preview Filem DUKUN Lakonan Umie Aida