in , ,

Estranged Bakal Adakan Konsert, Nak Bawa Fazura Nyanyi Atas Pentas

Umum mengetahui kumpulan Estranged pernah bekerjasama dengan selebriti popular, Fazura menerusi lagu Hancur Aku sekitar tahun 2015.

Estranged meluahkan hasrat untuk bergandingan bersama Fazura di konsert mereka Apa Khabar Teman? yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan.

Menurut pemain gitar kumpulan tersebut iaitu Din Hormatov berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada Fazura.

Estranged

“Kalau Fazura dapat sertai pasti akan lebih meriah. Fazura pun termasuk dalam perjalanan muzik kami. 

“Buat masa ini kami tak dapat sahkan apa-apa lagi tapi kami memang ada hasrat nak kumpulkan kawan-kawan kami,” katanya.

Sementara itu, Din berkata mereka sudah ada beberapa nama artis yang bakal diundang untuk menjayakan konsert berkenaan.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan berkenaan Rich Gimbang berkata agenda istimewa konsert berkenaan adalah persembahan menggunakan instrumen tradisional dan kebudayaan warisan etnik Borneo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem mm2 Berjaya Julang Dua Taiwan’s Golden Horse Awards Ke-60

SAMSUNG

‘Lost & Found’ Terima Naik Taraf, Temubual Bersama Pencipta Galaxy SmartTag2