in ,

Estranged Lancar Single & Video Muzik MILIKKU

Kumpulan Estranged yang dianggotai oleh Rich, Hanafi dan Din telah melancarkan single terbaru yang bertajuk ‘Milikku’ beserta video muzik sewaktu cuti awam sambutan Hari Natal. Jom tonton!

Lagu tersebut berkisarkan perihal meraikan perasaan cinta dan kasih sayang hasil nukilan kumpulan Estranged sendiri manakala lirik pula ditulis oleh vokalis kumpulan tersebut, Rich. 

Ditanya tentang proses dan sumber inspirasi pembikinan lagu “Milikku” ini, sumber inspirasi dan ilham tercetus ketika mereka sering berjauhan dari keluarga sewaktu menjalani rangka jelajah Misi Elektrik Borneo yang mengambil masa berbulan lamanya. 

Estranged
Cover Muka Depan Single Estranged

Estranged Percaya Kuasa Cinta

Perasaan rindu dan rasa ingin bersama keluarga dan insan-insan yang tercinta menjadi sumber inspirasi kepada penulisan lagu “Milik ku”. 

“Selain itu, dalam keadaan dunia yang ramai kian tertekan dan murung, adalah penting untuk kita mengembalikan perasaan cinta sesama kita di antara keluarga, sahabat handai dan masyarakat.Kami percaya kuasa cinta boleh menyelesaikan pelbagai masalah,”

– Estranged

Lagu ‘Milikku’ tidak boleh didapati di platform iTunes mahu pun spotify, kerana ia hanya akan dicetak di dalam bentuk cakera padat (CD). Ini kerana CD- CD ini akan dijual secara fizikal ketika Estranged bakal meneruskan Jelajah Misi Elektrik Borneo 2019.

Estranged Milik Ku

Dengan cara ini, penjualan secara fizikal Estranged akan dapat diteruskan di samping pengumpulan dana untuk bantuan hydro elektrik di kawasan kampung pendalaman sekitar Borneo. 

“Wawasan kami ialah untuk menyalurkan elektrik ke sekurang-kurangnya 20 hingga 40 kampung bergantung kepada jumlah jualan CD yang dapat dikumpulkan samada melalui persembahan mahu pun penjualan CD melalui Facebook dan Instagram.

Kami akan berkerjasama dengan rakan seperjuangan kami dari syarikat guaman Thomas Philip yang juga telah membantu 2 buah kampung di Sabah dan akan meneruskan untuk projek kampung yang seterusnya di daerah Ranau Sabah 2019,”

– Rich mewakili Estranged

Video muzik lagu “Milikku” telah dihasilkan oleh Din Hormatov dan merupakan video muzik  pertama di bawah arahannya selaku pengarah di Bornaya Media. Turut bekerjasama dalam muzik video ini ialah Syabil yang bertindak sebagai juruvideo. 

Estranged Milik Ku

“Kami tidak melakukan sebarang lakonan di dalam video muzik “Milikku” . Semua adegan yang dirakam adalah organik dan berlaku tepat pada waktunya.

Kami mahukan saat dan momen kasih sayang yang ditayangkan itu adalah benar dan penonton serta peminat boleh menilaikan sendiri dan merasainya bersama,”

– Din

Di samping itu, video muzik tersebut turut dijayakan dengan penglibatan Dato Zainal Abidin beserta isterinya Datin Angelina.

Estranged Milik Ku
Estranged Milik Ku
Estranged Milik Ku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Jual Tiket ANUGERAH JUARA LAGU 33 Serendah RM25

Travelog PELIKNYA NAMA Siri 2