in , ,

Estranged, Misha Omar dan Ning Baizura di Showcase Muzik-Muzik 2008

MUZIK-MUZIK 2008 TAMPIL KELAINAN
Pada petang tadi, jam 5.30 petang di One Utama Bandar Utama, showcase Muzik-Muzik 2008 menjadi acara siaran langsung pertama yang disiarkan dari luar studio yang membariskan penghibur terkenal seperti Estranged yang baru dinobatkan sebagai Juara Lagu 2007, Bob AF, Misha Omar dan Ning Baizura.

Anugerah Juara Lagu 22 baru sahaja melabuhkan tirainya bulan lalu. Jika muzik-muzik 2007, diakhiri dengan Anugerah Juara Lagu 22 yang cukup meninggalkan kesan kepada peminat seni tanahair, bagi tahun 2008, Muzik-muzik musim baru, kembali merencanakan rentaknya untuk memberikan satu lagi nafas baru kepada industri muzik negara.

Jika sebelum ini, Muzik-muzik lebih dikenali sebagai sebuah rancangan yang menampilkan carta lagu mingguan, buat pertama kalinya, untuk tahun 2008, satu pembaharuan ditampilkan dengan mengisi hampir 90 peratus informasi berkaitan hiburan di dalam rancangan Muzik-muzik musim ini. Antara segmen-segmen baru yang diperkenalkan adalah seperti slot Buzz (memaparkan muzik baru, gosip, aktiviti dan pelancaran album, konsert serta gigs), Scoop (wawancara esklusif dan sebalik tabir pembikinan video klip), Traxx (album baru di pasaran), On The Way (Artis yang dalam pembikinan album) serta Trivia (Informasi menarik mengenai industri muzik tanah air).

Selain daripada itu, buat pertama kalinya, para peminat akan dikejutkan dengan panggilan telefon mahupun kunjungan serta menerima hadiah istimewa daripada selebriti kegemaran mereka. Melalui segmen SMS Klip Video Pilihan pula, penonton akan disajikan dengan 3 – 4 klip video pilihan untuk diilih oleh penonton di rumah. dan setiap klip video yang menerima undian tertinggi akan disiarkan di setiap episod.

Jika untuk musim-musim sebelum ini, Muzik-muzik dipancarkan melalui siaran langsung dari studio, tetapi, buat musim ini, Muzik-muzik akan mengadakan showcase di sekitar Kuala Lumpur pada penghujung bulan dan disiarkan secara langsung kepada penonton. Bagi penonton di rumah pula, mereka berpeluang menyertai peraduan bulanan dengan menjawab soalan yang diberikan dan pemenang bertuah akan diumumkan pada setiap episod showcase.

Menurut Encik Azhar Borhan, Pengurus Besar Bahagian Hiburan, Sukan dan Rekreasi, Muzik-muzik untuk musim 2008 ini merupakan satu anjakan paradigma untuk menjadikan ianya sebuah rancangan yang segar dan mendapat pilihan di hati penonton. Jika sebelum ini, Muzik-muzik sinonim sebagai sebuah rancangan carta lagu, namun buat musim ini, slot-slot baru telah ditambah bagi memastikan ianya menjadi sebuah rancangan yang penuh berinformasi dan memberi manfaat kepada penonton. Jika sebelum ini, carta lagu di dalam Muzik-muzik dilihat agar kurang selari dengan permintaan lagu di corong-corong radio tetapi untuk musim ini, senarai lagu akan diselaraskan bagi memastikan ianya selari dengan kehendak pendengar. Selain dari itu, bagi memastikan Muzik-muzik sentiasa dekat di hati penonton-penonton setianya, buat pertama kalinya, mereka boleh menghantar dan memberikan cadangan penyertaan lagu-lagu baru melalui laman web www.tv3.com.my.

Selain daripada itu, beliau turut menjanjikan, penerbitan Muzik-muzik 2008 akan memudahkan penyertaan lagu-lagu baru dengan membenarkan penyanyi-penyanyi menghantar video klip tanpa membuat persembahan di studio, selain dari mendekatkan lagi peminat dengan artis melalui showcase yang diadakan serta membekalkan informasi terkini mengenai industri seni suara kepada penonton setia Muzik-muzik. Dengan ini, besarlah harapan TV3 supaya format terbaru rancangan Muzik-muzik ini akan menambat hati para peminat seni suara di tanahair.

Muzik-muzik 2008 masih mengekalkan pengacara yang cukup serasi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail, serta menampilkan pengacara terbaru, Faiz, bagi segmen luarannya. Muzik-muzik 2008 bersiaran dari pukul 5.30 petang setiap khamis hanya di TV3.

[tags]showcase muzik-muzik 2008, Bob AF, Misha Omar seksi, Ning Baizura bulan madu, susunan rancangan, buletin utama, undi, thongs pic, underwear anne, anugerah juara lagu 23, winners abp[/tags]

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Shila, Siti Sarah & Ayu Rebut Sejuta Dalam OIAM

Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10