in

Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10

Selain album Inggeris terbaru EastToWest, Ning Baizura yang tengah sibuk dengan minggu setiausaha ini sudah pun menerbitkan satu buku koleksi bergambar Dua Dunia Satu Cinta. Sebuah album bergambar yang memaparkan foto-foto kenangan sepanjang pernikahan dan majlis persandingan terindah ala kampung Ning Baizura bersama suami tercinta, Omar. Memang lawa gambar-gambar dalam buku ni sebab guna fotografer dari Saiful Nang.

Kepada peminat, Budiey rasa 2 produk terbaru ini seharusnya menjadi milik anda bagi melengkapkan lagi koleksi peribadi anda. Budiey terkejut apabila mendapat tahu harga buku album bergambar Dua Dunia Satu Cinta hanya dijual dengan harga RM10 sahaja. Murah kan? Korang boleh dapatkannya di pasaran dan kedai buku mulai minggu hadapan.

Budiey: Nak lancar buku koleksi gambar artis yang Budiey dah ambik. Tapi ada ke orang nak beli?

[tags]gambar ning baizura, foto terkini anne, dua dunia satu cinta, album terbaru ning, ulasan easttowest, syahrini, album syahrini, lirik aku pergi, review album latest ning[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Estranged, Misha Omar dan Ning Baizura di Showcase Muzik-Muzik 2008

Sekitar Penyampaian Hadiah Peraduan Asian Auto – Kayangan