in

Shila, Siti Sarah & Ayu Rebut Sejuta Dalam OIAM

Penyudahan yang dramatik bagi One In A Million musim kedua
Masanya telah tiba apabila rancangan One In A Million musim kedua sampai ke kemuncaknya! Dari lebih 2000 penyertaan yang diterima dari seluruh negara, kini hanya tinggal tiga peserta akhir dan tinggal tujuh hari sahaja lagi sebelum seorang daripada mereka bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1,000, 000!

Musim ini merupakan sebuah musim yang penuh dengan drama tanpa kehadiran boneka-boneka yang memerlukan sebarang skrip. Paul Moss dan Syafinaz Selamat yang bertindak selaku juri tetap turut memberikan komen-komen yang lebih sukar dan kritikan-kritikan yang adakalanya agak keras jika dibandingkan dengan musim sebelumnya. Situasi yang tegang juga telah menyebabkan ada di antara para peserta sering kali berada dalam keadaan tertekan di hadapan para penonton di seluruh negara. 

Kini hanya tinggal tiga peserta terakhir – Ayu, Shila dan Sarah yang masing-masing merupakan penyanyi berbakat besar serta berjaya menambat hati rakyat Malaysia sepanjang pertandingan berlangsung.

Siapakah akan menggondol gelaran juara pada malam ini?

Adakah ia milik Sarah? Seorang penyanyi professional yang juga merupakan pemenang Album Terbaik semasa Anugerah Industri Muzik (AIM) dan pernah mengeluarkan tiga buah album sebelum ini? Tetapi cukupkah pengalaman beserta suara yang lunak memungkinkan beliau untuk menjadi juara One In A Million?

Adakah Shila, anak seorang artis terkenal yang telah ditamatkan kontraknya dari sebuah syarikat rakaman gergasi?  Berbaloikah dengan hanya berbekalkan gaya nyanyian yang tersendiri bersama elemen R&B dan pengaruh moden memungkinkan rakyat Malaysia untuk terus mengundinya?

Atau mungkinkah Ayu, seorang gadis yang berasal dari kawasan pedalaman terpencil di Sabah yang tidak pernah terfikir akan bertahan sejauh ini?  Adakah Ayu akan menjadi sebuah lagi kisah klasik seperti Cinderella?

Seperkara yang pasti, ketiga-tiga mereka perlu memenangi pertandingan One In A Million untuk mengembangkan karier mereka dalam bidang nyanyian.

Siapa yang bakal bergelar juara? Mungkinkah Sarah, artis rakaman yang berpengalaman atau Shila, si gadis lincah di atas pentas mahupun Ayu, bakat baru yang berpotensi besar untuk pergi jauh yang berasal dari sebuah kawasan pendalaman di Sabah?

Jangan lupa untuk menyaksikan One In A Million Grand Finale pada malam ini secara eksklusif di 8TV dari jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam atau secara alternatif di Astro saluran 708.

[tags]shila oiam, siti sarah menang sejuta, ayu sabah, one in a million live broadcast, grand finale, skandal khairy maya karin, yao ming, nurul shuhada, miss malaysia petite, nikmat nikah kahwin, gambar wakil rakyat, izzah foto, 8tv quickie host[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo Anne Hathaway @ Oscars 2007

Estranged, Misha Omar dan Ning Baizura di Showcase Muzik-Muzik 2008