in , ,

Badan Sudah Berisi Selepas Kahwin, Elly Mazlein Dikatakan Sudah Hamil?

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein dihujani pertanyaan sama ada dirinya sedang mengandung ekoran badannya yang dilihat berisi. Elly, 40 tahun, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia sedia berkongsi berita gembira itu apabila sampai waktunya.

Menerusi perkongsian di saluran YouTube Dunia Elly Mazlein, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu memohon doa yang terbaik.

Elly Mazlein

“Buat masa sekarang, badan saya naik sebab saya sangat bahagia dengan suami, anak dan keluarga.

“Insya-Allah, kalau betul saya mengandung, jangan risau saya akan beritahu semua khabar berita gembira ini,”

– Elly Mazlein
Elly Mazlein

Menerusi video sama, Elly turut bertanyakan perkara sama kepada suaminya, Mohamad Azlan Che Noh.

Azlan berkata, biarlah perkara itu menjadi rahsia terlebih dahulu.

“Rahsia. Tak boleh beritahu lagi. Nanti tunggu berita selanjutnya. Kalau ada yang baik, kita akan beritahu,”

– Azlan
Elly Mazlein

Elly yang juga pelakon Kampung People sempat berseloroh yang dirinya tidak sabar memiliki cahaya mata daripada suami.

”Mama tak sabar ada baby Papa,”

– Elly Mazlein

Elly dan Azlan berkahwin pada 18 Januari lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly memiliki cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia Azmi yang kini berusia tiga tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak

Mahu Cuba Dalgano Coffee, Ini Ada Nasihat dari Ain Edruce Buat Anda!