in , ,

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak

Apa yang kita harapkan, semoga perbalahan pendapat antara Man dan Ali dapat diselesaikan dengan baik.

Beberapa hari yang lalu tular apabila Man Raja Lawak meluahkan hasrat untuk memberikan separuh daripada jumlah wang kemenangan pada program Maharaja Lawak Mega kepada insan yang memerlukan. Jumlah yang dianggarkan RM50000 telah habis dikongsikan dalam masa empat hari. Man bagaimanapun menyuarakan hasratnya untuk menjual kereta dan juga motor untuk mendapat wang agar dapat dmembantu insan-insan yang lain.

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak

Menurut Man, sejak dari semalam dia menerima 5 ribu direct message (dm) daripada individu yang memerlukan bantuannya. Tambahnya, kesemua mereka perlu diberikan bantuan walaupun jumlah wang yang diminta sedikit.

Berkongsi mengenai perbualan mesej yang diterima, Man memberitahu bahawa rata-ratanya malu untuk meminta bantuan tetapi mereka terpaksa.

“Tak ramai dapat sebab saya tidak tetapkan jumlah bagi setiap penerima. Saya berikan atas permintaan dan melihat kepada keperluan mereka.

“Jumlah paling banyak diberikan RM5,000 iaitu kepada sahabat saya yang memang susah. Dia sakit selepas terjatuh dan koma. Dalam masa sama, isterinya pula tidak bekerja. Jadi, memang sangat memerlukan ketika ini,”

– Man Raja Lawak

Hal tersebut membuatkan Man terasa sebak dan bertindak untuk menjual motor dan keretanya. Dia menyeru mana-mana pihak yang masih mempunyai wang untuk membeli kenderaanya itu dan wang tersebut mampu menambahkan jumlah sumbangan buat mereka yang memerlukan.

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak

Ramai yang memuji apa yang dilakukan oleh Man Raja Lawak, bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa hanya Allah sahaja yang layak diberi pujian. Melalui status tersebut, Ali Puteh turut memberi komen kepada Man Raja Lawak.

Sebagai rakan dia menasihati Man agar menyimpan atau menyembunyikan segala kebaikan atau sedekah yang dilakukan agar tidak menjadi bualan orang.

Ramai yang memuji apa yang dilakukan oleh Man Raja Lawak, bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa hanya Allah sahaja yang layak diberi pujian.

Melalui status tersebut, Ali Puteh turut memberi komen kepada Man Raja Lawak. Sebagai rakan dia menasihati Man agar menyimpan atau menyembunyikan segala kebaikan atau sedekah yang dilakukan agar tidak menjadi bualan orang.

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak
Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak
Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak

Teguran Ali itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen sehingga tercetusnya pergaduhan di antara Ali dan peminat Man di ruangan komen.

Seperi yang dijangka, Ali nampaknya tidak berdiam diri dan tampil mempertahankan dirinya. Dia membalas kecaman netizen dengan nada tidak berpuas hati serta agak kasar dan sekaligus membuatkan dia terus dihentam teruk.

Mungkin selepas ini Ali boleh membalas komen dengan cara yang lebih berhemah dan jangan mudah melatah. Tidak perlu bertindak agresif dan terus berbalah kerana ia hanya satu perkara yang sia-sia sahaja. Kenalah jaga imej sebagai seorang artis.

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak

Bagi kami tidak salah untuk hebahkan sedekah atau sumbangan dalam waktu yang agak kritikal sekarang. Kerana terlalu ramai yang memerlukan bantuan dan sekiranya apa yang dilakukan oleh Man ini dapat menjadi inspirasi kepada orang kaya diluar sana, maka lebih ramai lagi individu yang dapat dibantu.

Apa yang kita harapkan, semoga perbalahan pendapat antara Man dan Ali dapat diselesaikan dengan baik.

Ali Puteh Dikecam Komen Kerja Amal Man Raja Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Petisyen Gugur Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Uitm Telah Dipadamkan

Badan Sudah Berisi Selepas Kahwin, Elly Mazlein Dikatakan Sudah Hamil?