in , ,

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul SAYAP

Selepas hampir 17 tahun, Elly Mazlein, artis versatil Malaysia, tampil dan terbang tinggi dengan single terbaharunya yang berjudul ‘SAYAP’, terbitan muzik label berpengaruh tempatan, Rocketfuel Entertainment.

Para peminat dan pendengar muzik tempatan boleh mula mendengarkan lagu dan menyaksikan video muzik ‘SAYAP’ bermula 12 tengah malam, 25 Januari 2024, menerusi Elly Mazlein (Saluran 111), merupakan saluran sementara (pop-up) yang disajikan secara eksklusif kepada para pelanggan Astro.  

Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu ‘SAYAP’ nyanyian Elly Mazlein ini mempunyai maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan  elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan. 

ELLY MAZLEIN TERBANG TINGGI DENGAN SINGLE TERBAHARU BERJUDUL ‘SAYAP’

Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjaya Elly Mazlein yang semakin meningkat naik. Bersempena dengan pelancaran lagu ‘SAYAP’ ini, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro teruja untuk mencipta sejarah baharu dengan memberikan satu pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan karya terbaharu Elly Mazlein menerusi saluran sementara (pop-up), Elly Mazlein (Saluran 111) di Astro.

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul SAYAP

Elly Mazlein (Saluran 111) bakal bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024, selama 48 jam di Astro. Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video. 

Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan. Sebagai tambahan, Elly Mazlein (Saluran 111), bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kelak. 

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul SAYAP

Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mengenai pelancaran saluran istimewa ini. “Saya sangat gembira berkongsi ‘SAYAP’ dengan para peminat setelah sekian lama berada di dalan industri muzik tempatan. 

Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat. Saya berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!”

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul SAYAP

Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala video muzik juga boleh ditonton  di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Elly Mazlein Terbang Tinggi Dengan Single Terbaharu Berjudul SAYAP

Majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘SAYAP’ bersama Elly Mazlein telah diadakan pada 24 Januari 2024, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Sajat Umum Menghidap Sakit Kanser, Mohon Maaf Dengan Netizen di TikTok

ZAINAL ABIDIN

Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound Kemuncak Malam Gemilang