in ,

Mahu Cuba Dalgano Coffee, Ini Ada Nasihat dari Ain Edruce Buat Anda!

Model dan pengacara terkenal, Ain Edruce ada memberi pesan kepada anda semua yang merancang untuk mencuba minuman viral yang dikenali sebagai Dalgona Coffee yang kini menjadi sensasi di dunia maya.

Ain memberitahu, suaminya, Amirul Hafizz turut mencuba hidangan sama meskipun dia tidak pernah minum coffee sebelum ini.

Perkara ini dikongsikan Ain menerusi Instagram.

“KHAS UNTUK SIAPA YANG NAK CUBA #DALGONACOFFEE. So, kiteorg ade cuba jugak ok.

Jadi @amirul_hafizz die x pnh minum coffee, die pun try dalgona, ape yang jadi kat mirul lebih kurang sama dengan ape korang baca kat atas sebab die x penah minum coffee.

“Aku and @edila_edruce jadi mcm ape korang tgk tu. HYPER TEROK. So careful untuk sesiapa yg nak cuba 1st time okay,” jelas Ain sambil berkongsi video serta lampiran terkait.

– Ain Edruce via Instagram
Mahu Cuba Dalgano Coffee, Ini Ada Nasihat dari Ain Edruce Buat Anda!

Menurut Ain, jika anda baru nak mencuba minum Dolgano Coffee ini agar berhati-hati, kalau boleh cuba elakkan dari minum sebab kita akan jadi hyper dan tak dapat tidur malam. Jantung akan berdegup laju dan berkemungkinan akan mendapat stroke. 

Terdahulu, pelakon Betty Rahmad turut berkongsi situasi sama apabila mencuba minuman berkenaan.

Mahu Cuba Dalgano Coffee, Ini Ada Nasihat dari Ain Edruce Buat Anda!
Mahu Cuba Dalgano Coffee, Ini Ada Nasihat dari Ain Edruce Buat Anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Badan Sudah Berisi Selepas Kahwin, Elly Mazlein Dikatakan Sudah Hamil?

Isu Viral Aliff Syukri Langgar PKP, Ini Penjelasan Yang Diberikan