Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Dulu Bergaduh, Sekarang Diva AA & DSV Dah Berbaik, Jalani Penggambaran Bersama-Sama

Sebelum ini kedua-dua selebriti popular tanah air, Azwan Ali atau lebih popular dengan Diva AA dan Datuk Seri Vida (DSV) pernah bercakaran sesama sendiri.

Malah, kedua-duanya pernah saling berbalas-balas kenyataan sehingga sampai ke satu peringkat untuk berlakunya kes saman antara mereka berdua.

Bagaimanapun, kedua-duanya kini dilihat telah menjalani penggambaran bersama-sama untuk sebuah rancangan untuk saluran Astro Ria berjudul Mana Bro yang turut disertai oleh anak DSV iaitu Cik B.

Perkara tersebut telah dikongsi sendiri oleh Diva AA di laman Twitter miliknya berserta gambar dan video bersama usahawan selebriti itu.

“SEE OUR LEVELLLL! SHOOTING ASTRO MANA BRO ? SEEN HOST DIVO FIKRY IBRAHIM! 2 GRUPS DIVA AA & MAKE UP ARTIST SHAH VS ? 

“GRUP DSV & CIK B ! AKAN DATANGGGG ON ASTRO RIA ! KO YG MENYALAKKKK? ABOKKK PUN TARAKKK! GTHHH PUIIII,” tulisnya.

Menerusi gambar dan video yang dimuat naik itu, terpapar kemesraan yang terjalin antara mereka, seakan-akan seperti tiada apa yang pernah berlaku sebelum ini. 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version