in , ,

Syafiq Ahmad Kemalangan, Tiga Termasuk Bayi & Ibu Mertua Penyerang JDT Ini Meninggal Dunia

Hari berduka buat penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, setelah kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap, awal pagi tadi. Kejadian berlaku apabila kenderaannya dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di Nibong Tebal awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Syafiq Ahmad Kemalangan, Tiga Termasuk Bayi & Ibu Mertua Penyerang JDT Ini Meninggal Dunia

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina  Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Syafiq Ahmad Kemalangan, Tiga Termasuk Bayi & Ibu Mertua Penyerang JDT Ini Meninggal Dunia

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

Syafiq Ahmad Kemalangan, Tiga Termasuk Bayi & Ibu Mertua Penyerang JDT Ini Meninggal Dunia

Menurut beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi. 

Sumber & Foto: UTUSAN ONLINE
Foto: Berita Harian

Syafiq Ahmad Kemalangan, Tiga Termasuk Bayi & Ibu Mertua Penyerang JDT Ini Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Padam Lebih 4,000 Foto & Video di Instagram, Rupanya Ini Sebabnya

Dulu Bergaduh, Sekarang Diva AA & DSV Dah Berbaik, Jalani Penggambaran Bersama-Sama