in ,

Jenazah Bayi & Ibu Mentua Syafiq Dibawa Ke Pendang, Dikebumikan Satu Liang Lahat

Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad selesai dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan di Pendang, Kedah, hari ini.

Terdahulu, jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan neneknya, Zainab Wahab, 45 selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) pada jam 1.40 tengah hari. Ahli keluarga dan saudara mara pemain bola sepak itu kelihatan memenuhi unit forensik selain jurulatih Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut hadir memberikan sokongan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq, 25, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Jenazah Bayi & Ibu Mentua Syafiq Dibawa Ke Pendang, Dikebumikan Satu Liang Lahat

Bagaimanapun, kenderaannya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal yang meragut tiga nyawa termasuk pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Mana Aisy? Aisy Sudah Tiada. Aisy Sudah Tiada.”

Itu ungkapan yang keluar dari bibir pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, saat menunggu jenazah anak lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap (HSB), Nibong Tebal di sini hari ini.

Situasi itu disaksikan adiknya, Muhammad Zulfadhli, 24, yang berada di sisi abangnya sepanjang menunggu proses bedah siasat.

Menurut Muhammad Zulfadhli, abangnya itu masih trauma dan sukar menerima kejadian yang berlaku.

Malah, Muhammad Zulfadhli berkata, abangnya itu juga menangis setiap kali didekati rakan dan saudara-mara dan enggan bercakap dengan sesiapa kerana terlalu sedih.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, tiga terbunuh, manakala tiga lagi termasuk Mohammad Syafiq cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyoya Vellfire dipandunya terbabas di kilometer 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini.

Antara yang maut, bayi Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mentuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq dan anak perempuannya berusia 2 tahun Aaira Nur Saffiyya hanya cedera ringan, manakala isteri yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya di sini. – K! ONLINE

Tak Sempat Jumpa Cucu Lelaki Sulung

Bapa kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad belum sempat menatap wajah cucu lelaki pertamanya, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal, awal pagi tadi.

Ahmad Ibrahim, 56 berkata dia sepatutnya bertolak ke Johor pada 11 Disember ini untuk menziarahi cucunya yang berusia 22 hari itu, namun terpaksa ditunda sekali lagi ke hujung bulan ini berikutan lokasi kediamannya di Bayan Baru, di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jenazah Bayi & Ibu Mentua Syafiq Dibawa Ke Pendang, Dikebumikan Satu Liang Lahat

“Saya dan isteri serta anak-anak yang lain teruja untuk melawat cucu lelaki pertama kami dan adik Muhammad Syafiq juga sudah mengambil cuti untuk menziarahinya di Johor.

“Namun sebaliknya berlaku dan walaupun sedih kami sekeluarga reda dengan ujian ini,” katanya.

Ahmad berkata, ketika dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan Muhammad Syafiq kemalangan, dia bingung dan celaru malah tidak mempercayainya.

“Saya agak keliru dan tidak percaya dengan berita yang diterima kerana Muhammad Syafiq berada di Johor tetapi selepas bertenang dan diyakinkan dengan beberapa maklumat, saya yakin bahawa ia adalah anak saya lalu ke lokasi kemalangan.

“Ketika ini Muhammad Syafiq dalam keadaan sangat terkejut dan trauma dengan kejadian yang menimpa ahli keluarganya.

“Melalui apa yang dimaklumkan Muhammad Syafiq kepada saya, dia cuba mengelak sesuatu sebelum mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, hari ini.

Jenazah Bayi & Ibu Mentua Syafiq Dibawa Ke Pendang, Dikebumikan Satu Liang Lahat

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata siasatan mendapati kemalangan itu hanya membabitkan kenderaan pemain bola sepak itu.

“Kenderaan itu dalam perjalanan menghala ke utara sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

“Susulan kemalangan itu, tiga maut termasuk seorang bayi manakala, tiga lagi cedera,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak, Ibu Mertua & Bayi Syafiq Ahmad Selamat Dikebumi

Jenazah Bayi, Ibu Mentua Syafiq Akan Dikebumikan Satu Liang Lahat

Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad dijangka dikebumikan dalam satu liang lahat.

Bapa mentuanya, Norain Shahadan, 50, berkata, mereka sekeluarga sedang menunggu kepulangan jenazah isterinya, Zainab Wahab, 46, dan cucunya, Muhammad Aisy Saqeef, berusia 22 hari, yang dijangka tiba di Jalan Padang Pusing, tidak lama lagi.

Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak, Ibu Mertua & Bayi Syafiq Ahmad Selamat Dikebumi

Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing selepas ahli keluarga memberi penghormatan terakhir untuk jenazah.

“Apapun berlaku saya tetap reda…Saya dah minta orang kampung uruskan semua (liang),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Padang Pusing, hari ini.

Tinjauan di kediaman keluarga mentua Muhammad Syafiq mendapati ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung memenuhi perkarangan kawasan itu.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal yang meragut tiga nyawa, Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

*Sumber: Berita Harian

Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak, Ibu Mertua & Bayi Syafiq Ahmad Selamat Dikebumi

Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak, Ibu Mertua & Bayi Syafiq Ahmad Selamat Dikebumi

Kemalangan ngeri yang melibatkan kenderaan dipandu penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Syafiq Ahmad, 25 awal pagi tadi telah mengakibatkan tiga daripada penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap apabila ahli keluarga dan kenalan hadir memberi sokongan kepada Syafiq yang menantikan jenazah bayi lelakinya yang baru berusia 22 hari dan ibu mertuanya serta seorang lagi mangsa, pembantu rumah warga Indonesia.

Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak, Ibu Mertua & Bayi Syafiq Ahmad Selamat Dikebumi

Isteri Kucup Jenazah Anak, Lihat Ibu Buat Kali Terakhir

Selepas jenazah selesai dibedah siasat dan dikapankan, keduanya telah dibawa pulang ke Pendang, Kedah untuk urusan pengebumian. Namun, sebelum dibergerak ke kediaman keluarga mertua Syafiq, jenazah ibu dan anaknya telah dibawa bertemu isteri penyerang JDT itu di Hospital Seberang Jaya yang difahamkan sudah berada dalam keadaan stabil.

Menerusi Bernama, suasana pilu tercetus apabila Amalina Norain, 25 membelai dan mencium jenazah anaknya lebih kurang 20 minit dan diberi peluang melihat wajah ibunya buat kali yang terakhir.

Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak, Ibu Mertua & Bayi Syafiq Ahmad Selamat Dikebumi

Kelihatan Sugul & Tak Bermaya

Dalam perkongsian di media sosial, pemain JDT itu kelihatan sugul dan tidak bermaya ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Anak & Ibu Mentua Shafiq Selamat Dikebumikan

PENDANG – Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing di sini kira-kira pukul 8.25 malam tadi.

Terdahulu, jenazah tiba Zainab Wahab, 46, dan Muhammad Aisy Saqeef yang berusia 22 hari tiba di kediaman keluarga isteri Muhammad Syafiq, Nur Amalina Norain, 25, di Kampung Padang Pusing di sini pada pukul 5.55 petang.

Jenazah kemudian disembahyangkan di rumah keluarga Nur Amalina sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Anak & Ibu Mentua Shafiq Selamat Dikebumikan

Muhammad Syafiq memangku jenazah anaknya sambil mengiringi jenazah ibu mentuanya ke tanah perkuburan.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dan ahli keluarga serta penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq yang juga penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap.

Kemalangan turut mengakibatkan ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an maut.

Sementara, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak, Aaira Nur Saffiya, cedera ringan manakala isterinya, Nur Amalina dilaporkan cedera parah.-K! ONLINE

Disemadikan Dalam Satu Liang

Jenazah ibu mertuanya iaitu Zainab Wahab, 45 dan bayi lelakinya Muhammad Aisy Saqeef telah dikebumikan dalam satu liang di  Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang Kedah kira-kira jam 8.30 malam sebentar tadi.

Terdahulu, kenderaan Toyota Vellfire yang dipandu Syafiq telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan di  Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Jawi, Nibong Tebal awal pagi tadi.

Mereka dalam perjalanan untuk pulang ke rumah keluarga isterinya dari arah ibu kota  ke Pendang sebelum terlibat dalam kemalangan.

Selain daripada ibu mertua dan bayi lelakinya, pembatu rumah warga Indonesia   Titik Sukamti, 30-an juga dilaporkan meninggal dunia manakala isteri dan anak perempuannya cedera.

*Sumber: Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dulu Bergaduh, Sekarang Diva AA & DSV Dah Berbaik, Jalani Penggambaran Bersama-Sama

YUSOF HASLAM

Yusof Haslam Sahkan Tidak Hasilkan Filem Gerak Khas Selepas Drama Bersiri Berakhir