in ,

“Duda Content Fake!” Dituduh Sudah Bercerai & Ada Anak, Harris Annuar Terlupa Pernah Berkahwin

Siapa sangka rupa-rupanya dalam diam selebriti yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Harris Anuar rupa-rupanya pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata yang kini tinggal bersama ibu mereka.

Namun apa yang menjadi tanda-tanya ialah Harris sendiri tidak ingat bila agaknya beliau berkahwin? Perkara lucu itu dikongsikan sendiri oleh Harris di laman Instagram miliknya dengan menyertakan beberapa keping foto tduhan yang mengatakan tentang perkahwinan yang tidak wujud itu.

Lebih melucukan lagi Harris turut memuat naik foto individu yang dikatakan sebagai bek4s isterinya yang merupakan rakan baiknya sendiri iaitu Tajuddin Bakar.

Harris Annuar

Para pengikutnya di laman Instagram turut terhibur dengan kenyataan tersebut lebih-lebih lagi selepas melihat foto baharu sambungan tentang kisah perkahwinan tersebut. Melalui foto berkenaan, Harris ‘memperkenalkan’ keluarga imaginasi individu yang menduhnya sudah berumah tangga iaitu dengan bergambar bersama dengan rakan serumahnya yang lain.

Harris Annuar

Aduh, kelakar betul lah kena tuduh dah kahwin siap bercer4i pula tu ya. Mungkin salah orang kot, atau saja bergurau waktu musim lockdown ni, maklum lah kan ada banyak masa nak bergurau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Video Music Awards (VMAs) return to New York City LIVE on Sunday, September 12th 2021

Burning Questions from Lupin: Part 1 That We Hope Will Be Answered Tomorrow