in ,

Harris Annuar & Asha Merican Selamat Bergelar Suami Isteri 

Pelakon Harris Annuar dan kekasihnya, Asha Merican telah selamat bergelar suami isteri setelah empat tahun merahsiakan hubungan percintaan mereka, semalam.

“After 4 years of silent relationship, Assalamualaikum isteriku,” tulisnya.

Memetik laporan Harian Metro, Harris memaklumkan hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang mengetahui perkara tersebut sebelum ini.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar suami kepada Asha. Sebenarnya kami sudah bercinta hampir empat tahun tapi memilih untuk merahsiakan hubungan ini.

“Sepanjang perkenalan kami kunci rapat mengenai status hubungan kepada orang luar. Hanya keluarga kedua belah pihak dan rakan-rakan rapat saja yang tahu.

“Kami tidak pernah bertunang, cuma ada ke rumah keluarga Asha untuk merisik,” katanya.

Harris Annuar &Amp; Asha Merican Selamat Bergelar Suami Isteri

Menerusi perkongsian di Instagram, kebanyakan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

“Tahniah dik! Maaf tak dapat sama-sama raikan. I’m happy for you,” komen Datuk Aznil Nawawi.

“Congratulations Aboy! So happy for you! Maaf, I can’t make it deh,” ucap Catriona Rose.

“Tahniah Harris & isteri… have a happy marriage,” tulis Anuar Zain.

Dalam pada itu, pelakon Safwan Nazri yang merupakan rakan baik Harris telah berkongsi video pasangan itu diijab kabulkan menerusi Instagramnya.

Harris dan Asha selamat diijab kabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM1,001.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Viral Hiasan | 22

Tahniah! Sofyank Dah Kahwin, Video Bersama Isteri Viral Di TIkTok

Stranger Things 

Amir Andhar & Lyn-Hui Ong Bawa Perkara Aneh Netflix Ke Malaysia