in ,

Harris Annuar Berhijrah Selepas Bermimpi Lihat Diri Sendiri Meninggal Dunia

Mimpi melihat diri sendiri meninggal dunia antara salah satu sebab yang menjentik hati pelakon Harris Annuar untuk membabitkan diri dengan aktiviti dakwah dan berubah ke arah kebaikan.

HHarris Annuar berkata, dia percaya mimpi itu seakan-akan memberi petunjuk kepada dirinya supaya menjadi insan yang lebih baik dan taat kepada perintah Allah.

“Kematian penyanyi Siti Sarah juga membuka pintu hati saya untuk bertaubat. Ketika arwah pergi, ramai yang mendoakan kesejahteraannya. Saya sangat cemburu kerana arwah pergi dengan cara yang mulia. Orang kata meninggal dunia dalam husnul khotimah.

“Saya juga terpegun melihat ramai rakan artis yang berubah ke arah kebaikan sehingga saya bertanya kepada diri sendiri, bila giliran saya? 

“Pernah satu hari sewaktu saya tidur, saya mendapat mimpi yang saya pula akan meninggal dunia. Dari situ, saya tahu yang Allah ingin tunjukkan sesuatu kepada saya,” katanya.

– Harris Annuar
Harris Annuar Berhijrah, Mimpi Lihat Diri Sendiri Meninggal Dunia

Menurut Harris, sejak menyertai kumpulan tabligh dia mengakui kerap menitiskan air mata tatkala mengenangkan segala dosa yang pernah dilakukan.

“Pada minggu pertama dan kedua saya belum dapat rasai ketenangan sebenar sebab kerap menangis akibat terkenang dosa silam.

“Namun, selepas minggu kedua, saya bersyukur kerana Allah tunjukkan saya satu persatu pengajaran sehingga saya peroleh ketenangan yang diimpikan. Saya rasa diri lebih kosong dan lapang,”

– Harris Annuar
Harris Annuar Berhijrah, Mimpi Lihat Diri Sendiri Meninggal Dunia

Ditanya mengenai bagaimana dia mengawal kecaman apabila ada segelintir yang menganggap golongan selebriti tidak mampu bertahan dalam perjuangan ini, Harris ternyata tidak peduli mengenai pandangan manusia.

“Ada perbezaan antara pandangan manusia dengan Allah. Jika pandangan manusia kita buat baik macam mana sekali pun, kalau kita buat satu keburukan itu yang akan dipandang. Tapi kalau kita bertaubat Allah tidak memandang keburukan dan masa silam seseorang itu.

“Biarlah apa mereka nak kata, saya hanya mampu serahkan kepada Allah. Dia yang tentukan segalanya dan boleh ubah nasib seseorang itu mengikut kehendak-Nya.

“Allah boleh ubah manusia daripada jahat kepada baik. Biarlah manusia tak pandang sekalipun asalkan Allah pandang kita. Saya tak ambil peduli, cuma doakan saya agar terus istiqamah,” katanya.

– Harris Annuar

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andi Bernadee Perjelas RM70k Duit Bayaran PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Caprice Isytihar Misi Perangi Golongan Munafik Pelaku Jenayah Seksual Setelah Tamat Kuarantin