in , ,

Semakin Kurus & Gelap, Ibu Terkejut Tengok Keadaan Harris Annuar Usai Isolasi Covid-19

Harris Annuar yang menjalani kuarantin kendiri selama 12 hari sejak 4 Januari lalu dikhabarkan telah pulang ke pangkuan ahli keluarga dan turut berkongsi surat pelepasan yang diterimanya daripada Kementerian Kesihatan.

Harris Annuar dalam entri terbarunya itu turut memuat naik video memaparkan dia telah membuat kejutan kepada ibunya yang juga usahawan, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton sebaik saja dapat pulang ke rumah.

Kak Ton dalam video tersebut kelihatan sebak melihatkan keadaan anaknya kini yang lebih kurus dan gelap daripada kebiasaan.View this post on Instagram:

Menggelarkan Harris sebagai Aboi, Kak Ton ternyata amat merindui anak lelakinya itu setelah terpisah selama hampir 2 minggu.

Pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini walau bagaimanapun menjelaskan kepada ibu kesayangan bahawa kehidupannya baik-baik saja sepanjang tempoh kuarantin.

Terdahulu, Harris Annuar telah disahkan positif COVID-19 selepas dia pulang daripada bercuti di Langkawi, Kedah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mengalami Simptom Demam Panas, Anak Aepul Roza Pula Positif Covid-19

Permohonan Baharu & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Dibuka