in ,

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Jika lapan tahun lalu mereka digandingkan bersama dalam filem Mukhsin, kini menerusi TV9 gadis kecil molek Sharifah Aryana dan pelakon berbakat besar Syafie Naswip akhirnya kembali bekerja sama menerusi drama terbaru di slot Aurora iaitu Ride. Ride yang berkisarkan mengenai kehidupan sekumpulan remaja penuh konflik dan dunia basikal fixie adalah hasil terbitan Mermaid Studios dan diarahkan oleh Faisal Ishak.

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Ride Kembali Satukan Sharifah Aryana Dan Syafie Naswip

[dropcap]E[/dropcap]lana, pemilik kedai basikal fixie yang berkonsepkan café, Ride. Ride sudah dua tahun beroperasi tidak mendapat keuntungan tetapi Elana tetap tidak mahu berputus asa dan ingin mempertahankan Ride. Dia dibebani hutang dan duit simpanannya hampir habis menanggung kos operasi Ride.

Dia harus melakukan sesuatu untuk memastikan Ride beroperasi. Jika dalam masa 6 bulan Ride masih lagi tidak mendapat keuntungan, bapanya akan menutup Ride dan mahu Elana menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang. Elana dibantu Juju dan Pajai, dua rakan baiknya untuk menguruskan Ride dan mereka perlu memikirkan idea untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang ke Ride.

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Elana akhirnya membuat keputusan untuk membuat bazar yang mempunyai persembahan muzik dan jualan barangan tempatan. Ini untuk mengutip dana bagi menampung kos operasi kedai café Ride. Juju dan Elana bekerja keras untuk mencari pemuzik dan penjual yang berminat untuk menyertai bazar itu. Pajai pula bertanggungjawab dalam semua reka bentuk kreatif berkaitan dengan bazar.

Disebalik keakraban mereka, masing-masing mempunyai permasalahan tersendiri yang akan menjadikan jalan cerita Ride penuh konflik dan menarik untuk ditonton. Selain Sharifah Aryana dan Syafie Naswip, Ride dilakonkan oleh pelakon baru seperti Hafreez Adam, Ayda Jebat dan Hafeez Mikail. Riezman Ruzaini dan Puteri Chichi turut membuat penampilan khas di dalam Ride. Ride yang diarahkan oleh Faisal Ishak dan diterbikan oleh Mermaid Studios akan menemui anda mulai 13 Mac ini, setiap hari Khamis pada 8.30 malam. Jangan lupa untuk layari www.tonton.com.my untuk mengikuti siaran ulangan Ride.

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Azura Nasihat Hanez Suraya Hormati Perasaan Wanita

Great MATTA Fair 2014 Deals to Hong Kong