in , , , ,

Ulasan Filem Mukhsin: Skrip Terbaik & Tema Falsafah Kehidupan Yang ‘Deep’

Sekalung tahniah buat Yasmin Ahmad di atas kutipan filem Mukhsin telah pun mencecah RM1 juta ringgit setelah seminggu berada di pawagam.

Apakah resepi atau rahsia kejayaan filem Mukhsin ini? Sudah tentu, saya kira promosinya cukup hebat dan bijak selain dari imej kejayaan filem Yasmin sebelum ini iaitu Sepet dan Gubra. Penonton sudah pun tahu bagaimana cantiknya filem di bawah arahan Yasmin, jadi nak tak filem ini pasti akan ditunggu-tunggu oleh penggemar filem ini. Kemenangan di festival dan kontroversi yang timbul secara tidak langsung sebenarnya dapat membantu kejayaan filem ini.

404571690 D401002218 | 4

Rata-rata pemerhati filem bersependapat bahawa strategi dan rangka promosi yang berkesan dapat menyedarkan orang ramai tentang kewujudan sesebuah filem. Pada pendapat saya, untuk mengerakkan minda penonton untuk ke pawagam bukan satu perkara yang senang.

Untuk menjadikan sesebuah filem itu mencapai tahap ‘pecah panggung’, promosi perlu menyeluruh ke serata genap aliran manusia. Contoh yang paling dekat ialah iklan filem Mukhsin juga terpampang di belakang bas. Dengan cara ini, ia akan mudah menarik perhatian orang yang menggunakan pengangkutan di jalan raya.

Produksi juga tidak lupa untuk menjemput penulis blog bagi mempromosikan filem mereka. Ini kerana blogger merupakan satu entiti untuk pengguna internet yang boleh dicapai di seluruh dunia dan mempunyai komuniti mereka yang tersendiri.

Selepas ini, rasa saya filem Sumolah arahan Afdlin Shauki akan mengikuti jejak filem Mukhsin. Lihat sendiri bagaimana promosi filem Sumolah dirangka. Seingat saya, dari tahun lepas lagi, kita telah menyedari kewujudan filem tentang sukan sumo ini. Dan khabarnya, Sumolah akan berada di pawagam pada 10 atau 17 Mei ini. Sekarang promo Sumolah di TV sedang giat dijalankan.

Saya cukup terkilan kerana filem terbaru CHERMIN yang akan menemui penonton pada 22 Mac ini tidak diwar-warkan dengan promosi yang hebat. Ramai yang tidak menyedari kewujudan filem lakonan Deana Yusuf dan Natasha Hudson ini. Saya telah pun menonton filem Chermin di majlis pra tonton yang diadakan di One Utama.

Keseluruhannya, filem seram ini berjaya menampilkan beberapa perubahan baru dalam dunia filem. Terima kasih saya ucapkan kepada Starry Eye Production kerana sudi menjemput wakil Sensasi Selebriti untuk membuat liputan di majlis pra tonton CHERMIN.

Saya kira, sebagai pengarah baru, banyak lagi yang perlu dipelajari dan diladeni oleh Zarina Abdullah. Apa-apa pun, tahniah buat pengarah wanita ini kerana hasil usaha anda dan krew penerbitan & produksi untuk menghasilkan filem seram telah menjadi kenyataan.

Kiranya tambahlah seorang lagi pengarah wanita yang akan terus mengorak langkah menghasilkan filem selain Shuhaimi Baba dan Yasmin Ahmad. Cuma promosi yang perlu dititik beratkan. Saya akan cuba meletakkan gambar-gambar dan ulasan filem CHERMIN dalam masa yang terdekat ini.

Sebagai info, para media diberitahu satu laman portal direktori untuk informasi filem di Malaysia. Anda boleh layarinya di: http://www.sinemamalaysia.com.my

Kembali kepada tajuk perbincangan kita, iaitu tentang filem Mukhsin… beberapa senario serta falsafah filem telah saya senaraikan. Berikut adalah sekadar satu persepsi dari mata dan minda saya ketika menonton filem Mukhsin buat kali kedua:

1. Ayat Bismillah sebagai pembuka bicara. Yasmin nampaknya menggunakan elemen ini untuk menceritakan pada penonton bagaimana sesuatu itu akan nampak sempurna sekiranya dimulakan dengan ayat Bismillah. Dengan nama Tuhan yang Maha Pencipta, segala apa yang kita lakukan ini adalah di atas kekuasaan Yang Maha Berkuasa.

2. Isu buli membuli yang telah menular di kalangan pelajar sekolah dijadikan satu sub plot yang diceritakan dalam gimik yang ringkas tapi masih nampak indah di layar. Pada saya, Yasmin ingin mengajar budak-budak sekolah bagaimana senario untuk ‘mengajar’ pelajar agar menghentikan perbuatan membuli. Kalau ada yang ingin membuli kita, kenapa tidak kita buli mereka balik dengan cara yang lebih halus dan berhikmah. Adegan buli dalam filem Mukhsin diceritakan dengan babak yang santai lagi sinis.

404573806 2A01407D21 | 5

3. Lagu keroncong berjudul Hujan yang didendangkan oleh Adibah Nor sebenarnya punya makna yang sangat mendalam dan cukup simbolik. Kalau diteliti betul-betul, liriknya menggambarkan keseluruhan tema dan mesej yang ingin dibawa oleh Yasmin.

4. Adegan paling indah dalam filem Mukhsin bagi saya ialah adegan di mana Orked yang masih berpakaian sekolah menari dengan ibunya dalam hujan. Kasih sayang antara ibu dan anak tidak terbatas walau apa sahaja yang melanda. Ianya meliputi segenap ruang kehidupan. Dalam apa juga cabaran dalam perjalanan hidup atau di mana sahaja kita berada, kasih ibu tetap bersemadi dalam jiwa. Hujan cukup sinonim dengan rahmat. Rahmat bererti kasih sayang.

5. Cerita kanak-kanak ini sebenarnya khusus buat semua gender dan semua manusia yang pernah melalui zaman kanak-kanak. Setiap dari kita pastinya akan terkenangkan kembali zaman yang penuh dengan kenangan. Zaman yang membentuk pemikiran dan sikap kita untuk terus memasuki zaman remaja. Seterusnya melalui liku-liku kedewasaan.

Seringkali teringat bagaimana saya dibesarkan di sebuah kampung nelayan. Pulang sekolah, terjun sungai, berendam sampai petang. Kalau bergaduh tu, selalu tarik rambut sampai botak kawan tu kena kerjakan. Tidak pun, kalau musim banjir, air sungai melimpah hingga ke laman rumah. Seronok betul menangkap ikan sepat dan puyu masa tu… Namun, semua itu hanya tinggal nostalgia. Filem Mukhsin berjaya menggali semua itu dengan memaparkan kembali keseronokan dunia kanak-kanak yang penuh nostalgik.

6. Sinisnya Yasmin menyindir masyarakat Melayu dalam filem Mukhsin. Adegan jiran Orked menjaga motor lebih dari menjaga keluarga sendiri. Budaya menjaga tepi kain orang sehingga tidak mempedulikan kain sendiri yang koyak rabak. Budaya suka berhutang. Budaya masyarakat Melayu yang masih tidak sedar jiwa mereka sebenarnya dijajah oleh anasir-anasir negatif. Ini semua ditampilkan dengan begitu halus yang diselitkan dengan humor yang spontan. Memang menghiburkan.

7. Adegan dalam kereta di mana Oked satu famili dan Mukhsin yang berada di belakang menyanyi lagu Ikan di laut, asam di darat. Adegan yang saya rasa satu kemanisan buat seorang budak lelaki yang tidak sempurna dari segi kasih sayang. Namun masih berkesempatan merasai secebis kasih sayang dari famili orang lain. Itu sudah cukup memadai bagi Mukhsin.

404567490 45B9F51872 | 6

8. Sedih tengok masa Orked kena marah oleh Mukhsin masa bermain galah panjang. Dalam pada masa yang sama geram dengan lakonan budak penyibuk yang sorang tu. Busy betul budak ni sebab cemburu tengok Orked pakai baju warna sama dengan Mukhsin. “Orked pakai baju sama dengan Mukhsin la wei. Eee… gatal la weh.. mana boleh…tak malu la diorang. Padan muka kau kena tolak.”

Sementara dialog Mukhsin ketika marahkan Orked sebab dia kena peluk oleh budak lain. Agak kasar pada pendengaran telinga saya. “Orked ko balik ngko, jangan main lagi! Aku dah kata, jangan panggil budak pompuan datang main.” Hati Orked yang sedia keras boleh tersentuh lalu merajuk tapi masih berjaya dipujuk oleh bapanya.

Cukup dulu 8 agenda yang boleh saya senaraikan. Antara komentar yang saya terima:

Ummi Aiman berpendapat:
Petang tadi tengok cerita arahan yasmin ahmad nie bersama anak2 at first nak menonton pukul 12 ticket sold ou n pukul 2 ptg hanya tinggal baris depan jadi decided ambil pukul empat petang mmg penantian yang tak sia2,

2 thumb up for yasmin. mmg bestttttttt yang teramat sgt cerita nie sesangat simbolik dan mengimbau kembali zaman kanak2.

My boy suka sesangat cerita nie yang buat saya terkejut aiman cakap lagu hujan tu best sangat ummi, perghhhh anak aku dah layan lagu keroncong hehehhee apa pun tahniah buat yasmin ahmad mmg hasil kerja yang bermutu.

Tengku Zaim:
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yasmin Ahmad, Syarifah dan krew 2 yg tlh menjayakan Filem Mukhsin.

Ummi Aiman berpendapat

Teringat saya, sewaktu hendak menonton wayang Filem Mukhsin tersebut, tension! kami sekeluarga, Al-Maklumlah, sewaktu kami hendak pergi ke panggung wayang kereta kami buat hal tetapi kami bernasib baik sebab kereta kami dah masuk dah tempat parking. Kami buat keputusan terus park kereta, terus tengok Filem tu terus lepas tengok tu… Fuhhh… hilang terus tension sbb citer Mukhsin tu dia melambangkan keharmonian sesebuah keluarga.

Akhir kata, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia. Sokonglah filem tempatan

Wassalam. 

Anda pula bagaimana? Ceritakanlah apa sahaja tentang filem Mukhsin di Sensasi Selebriti.

404563535 17C319Cc32 | 7
404564177 66D0225Ebf | 8
404564014 F889500D9E | 9
404569167 3D072A7461 | 10
404563098 29Fba08Cbf | 11
404575159 8531B179Af O | 12
404564630 790Dafeb0F O | 13
405748452 93F0A56E58 O | 14
405749234 Aec2Ebea86 | 15

Gambar Mohd Syafie Naswip. Katanya, budak ni nak berehat dari berlakon untuk menumpukan perhatian pada PMR.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan Gambar Hiasan | 46

Diari AF5: Episod 3 – Gedik Santai atau Gedik Menghiburkan?

Natasha Hudson | 47

Sebalik Tabir Pembikinan Filem CHERMIN