in , ,

Pelakon Filem Mukhsin Kini Bergelar Isteri, Sharifah Aryana & Suami Selamat Bernikah

Sedar tak sedar, sudah 15 tahun filem tersebut menjadi bualan rakyat Malaysia dan kini Sharifah Aryana sudah pun bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Jad Hanif bin Jimmy siang tadi dalam satu majlis ringkas.

Sekitar tahun 2006, filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad bertajuk Mukhin yang mengetengahkan dua orang pelakon muda iaitu Syafie Naswip dan Sharifah Aryana telah berjaya memenangi pelbagai anugerah. Ketika itu Syafie baru sahaja berusia 14 tahun dan Sharifah Aryana yang juga adik kepada dramatis terkenal Sharifah Amani baru sahaja berumur 11 tahun.

Yana Alyahya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Jad Hanif Jimmy dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada petang Jumaat. Pemilik nama sebenar, Sharifah Aryana, 26, telah dinikahkan sendiri oleh bapanya Syed Zainal Rashid Alyahya dalam sebuah majlis ringkas.

Sharifah Aryana & Suami Selamat Bernikah

Mesra disapa Yana, anak kepada dramatis Fatimah Abu Bakar ini menikah dengan dihadiri keluarga terdekat serta keluarga suaminya yang melihat secara atas talian berikutan tidak dapat bersama di majlis tersebut kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online terutama kepada keluarga di Kuching. InsyaAllah kami akan ke sana nanti,”

– Yana

Pada majlis itu, Yana dan suami berpakaian sedondon berwarna putih dan merah jambu bagi meraikan hari bahagia mereka.

Pelakon filem Mukhsin Kini Bergelar Isteri, Sharifah Aryana & Suami Selamat Bernikah

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama-sama memudahkan urusannya dalam melangsungkan pernikahan pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet dan juga pengikut Instagramnya mengucapkan tahniah diatas pernikahan tersebut. Pasangan ini juga memaklumkan perlu menunda majlis resepsi yang telah dirancangkan disebabkan pandemik dan juga kekangan PKP.

Yana merupakan adik bongsu kepada pelakon Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.

Yana sebelum ini pernah membintangi filem Muhksin yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad pada tahun 2006. Filem itu turut dibintangi Syafie Naswip dan Adibah Noor.

Sharifah Aryana & Suami Selamat Bernikah
Sharifah Aryana & Suami Selamat Bernikah
Sharifah Aryana & Suami Selamat Bernikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aepul Drama Band Positif Covid-19, Lega Isteri Hamil Disahkan Negatif

Netflix Dilaporkan Sedang Menguji Audio Spatial Untuk AirPods Pro & AirPods Max