in , ,

Drama PENGHULU INTERIM Paparkan Kisah Realiti Golongan Bawahan

Sebuah drama terbaharu menerusi slot Dramedi berjudul Penghulu Interim telah ditayangkan di Awesome TV bermula 31 Julai 2021 sebanyak 24 episod.

Penghulu Interim membawa mesej yang cukup sarat dan dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia khususnya mereka yang berpendapat rendah atau dalam kategori B40 dan M40. Pendekatan yang dibawa oleh Issey Fazlisham dari Red Bean Productions selaku penerbit cukup sinonim dengan setiap episod memaparkan situasi sebenar masyarakat Malaysia pelbagai masalah yang diutarakan dengan ragam, dan isu-isu masyarakat flat bandar secara komedi tetapi sinikal.

Sinopsis Drama PENGHULU INTERIM

Kisah Penghulu Interim bermula apabila. Borhan dilantik sebagai Pengerusi JKK di flat Seri Kenanga harus menggantikan Pak Ladin yang sedang sakit.

Pelantikan Borhan dicemburui oleh Kassim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang deejay kenduri kahwin dan tauke set karaoke. Namun Pak Abu (Rosli Rahman) selaku bendahari JKK sentiasa menyokong Borhan dalam menangani setiap permasalahan penduduk di flat tersebut

Drama PENGHULU INTERIM Paparkan Kisah Realiti Golongan Bawahan

Borhan berhadapan dengan pelbagai masalah sosial yang dialami penduduk daripada seremeh-remehnya sehingga masalah yang serius seperti kes kehilangan kasut, pecah rumah dan cubaan bunuh diri. Dengan memikul tugas tersebut, kehidupan peribadi Borhan menjadi berantakan apabila isterinya Izzah (Nadiya Nissa) mula berasa rimas. 

Saksikan lakonan hebat dan mencuit hati daripada Beto Kusyairy, Nadiya Nissa, Issey, Roy Azman, Rosli Rahman dan ramai lagi. Dramedi ini merupakan arahan pengarah yang tidak asing lagi iaitu Jamal Khan menerusi idea asal, Aloy Paradoks.

Dramedi Penghulu Interim disiarakan setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam di  Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV.

Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik  di Awesome TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Serving Iconic Looks, Starting with You

Pemandu Lori Pasir Punca Kemalangan Ngeri Didapati Positif Dadah