in , ,

Issey Fazlisham Sebak Tinggalkan Suria FM Selepas Tiga Tahun, Ada Merancang Sesuatu

Semoga Issey terus sukses selepas ini dan sama-sama kita doakan semoga segala urusan Issey dilancarkan. Maju terus Issey!

Pelawak dan juga penyampai radio, Issey mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama stesen radio Suria FM selepas tiga tahun bertugas di stesen radio tersebut sebagai penyampai segmen Team Pagi Suria (TPS).

Issey yang mengendalikan segmen Team Pagi Suria (TPS) bersama Ajak dan Fizi Ali ke udara kali terakhir, hari ini.

Pihak Suria FM dalam satu kenyataan memberitahu, kontrak perkhidmatan Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berakhir pada 31 Julai ini, namun dia mengambil keputusan untuk ke udara buat kali terakhir pada 16 Julai 2021 (hari ini).

Issey Fazlisham Sebak Tinggalkan Suria FM Selepas Tiga Tahun, Ada Merancang Sesuatu

Dalam kenyataan itu menyebut, Issey mengambil keputusan tersebut kerana mempunyai perancangan kerjaya sendiri dalam dunia hiburan selain menghabiskan baki cuti tahunannya.

“Suria FM menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya sendiri dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih atas perkhidmatannya selama ini sebagai penyampai di Suria FM.

“Tiada perancangan tentang siapa yang bakal menggantikan Issey buat masa ini dan segmen TPS akan terus kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi Ali,” tulis kenyataan berkenaan.

Issey Fazlisham Sebak Tinggalkan Suria FM Selepas Tiga Tahun, Ada Merancang Sesuatu

Issey dalam Instagramnya berkata, dia sendiri yang memilih untuk tidak menyambung kontrak di Suria FM dan mengakui amat menyayangi stesen radio tersebut.

“Hari ini (Jumaat) hari terakhir saya di Suria. Saya sendiri yang memilih untuk tidak disambungkan kontrak di Suria. Saya sayang Suria.

“Kenangan tiga tahun di Suria FM menjadi satu memori indah dan cukup bermakna untuk saya dan adik-beradik di stesn radio itu,” katanya.

Bagaimanapun, Issey enggan mendedahkan mengenai perancangannya itu, namun berjanji akan berkongsi mengenainya pada masa yang sesuai nanti.

“Tapi saya buat keputusan ini sebab saya ada perancangan saya sendiri. InshaAllah nanti saya akan umumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Issey turut mengakui berasa sedih selepas tiga tahun berkhidmat bersama Suria FM dan menganggap pengalaman itu sebagai suatu kenangan indah dan cukup bermakna.

“Kerjaya saya di Suria FM cukup bermakna. Jaga diri semua. Saya sayang semuanya,” tulis Issey.

Sekadar info, pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu telah berkhidmat di stesen radio Suria FM sejak 6 Ogos 2018. 

Issey memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya yang berakhir pada 31 Julai ini kerana memiliki perancangan masa depan lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat Ajak Pelajar & Graduan Fesyen Untuk Sertai KL Young Designer Award 2021

KAMAL ADLI

Kempen DRAMA BERGANDA-GANDA Astro Bertemakan Setiap Rumah Ada Kisah