in ,

Drama Ibu Mummy Mama Lakonan Amyra Rosli

Pelbagai cara dan pendekatan diambil dalam menyatakan rasa kasih sayang kepada golongan dimuliakan ini. Dialah ibu, mama, mummy, ummi, mak dan apa sahaja panggilan terhadap wanita yang berkorban apa sahaja untuk anak dan keluarga hingga adakalanya mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Dalam menyatakan penghormatan sempena Sambutan Hari Ibu yang disambut pada 10 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot yang menyiarkan telemovie-telemovie terbaik di TV2 menyiarkan drama khas bertajuk “Ibu Mummy Mama” yang menemui penonton pada 12 Mei ini, pukul 10.00 malam.

Menariknya selain plot kisah menonjolkan pengorbanan seorang ibu, drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini menampilkan pelakon Hairul Azreen, Amyra Rosli, Zamarul Hisyam, Noniswara, Watie Sadali dan Almy Nadia.

Hairul Azreen dan Amyra Rosli... teraju utama

Ia mengisahkan tentang watak Nana lakonan Amyra Rosli, penuntut sebuah kolej yang sama dengan Faiz yang dibawakan wataknya oleh Hairul Azreen. Mereka berkawan baik dan selalu berkongsi masalah bersama.

Begitu pun masa sama mereka berdepan dengan masalah keluarga masing-masing yang cuba disembunyikan pada mulanya daripada pengetahuan sesama mereka.

Nana berdepan masalah melayan kerenah mamanya (Julia Ziegler) yang adakalanya mengabaikan keluarga. Situasi itu membuatkan Nana meluahkan kebimbangan papanya mungkin akan berkahwin lain dengan sikap acuh tak acuh mamanya itu.

Sementara itu Faiz yang sebelum ini menganggap keluarganya cukup bahagia mula rasa curiga. Ibunya (Noniswara) dalam diam meminta Faiz menyiasat tentang ayahnya yang diyakini mahu berkahwin lain. Faiz terkejut dengan kenyataan tersebut.

Satu hari mereka bertemu dan meluahkan kebimbangan terhadap masalah ayah mereka yang dicurigai mahu berkahwin lain. Namun adakah perkara tersebut dapat diselesaikan dengan sebaiknya? Dapatkah rumah tangga ibu dan ayah mereka diselamatkan atau pun sebaliknya? Ikuti kesudahannya hanya di TV2.

watak Faiz

Noniswara dan Watie Sadali

Hairul Azreen watak Faiz

babak drama ini

poster Ibu Mummy Mama

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Everyone’s Favorite Trio Of Chipmunks Are Back

Drama Bersiri Remaja Adaptasi Novel NANA NINI NUNU