in

Drama Bersiri Remaja Adaptasi Novel NANA NINI NUNU

Berbeza dengan lambakan drama bersiri daripada adaptasi novel berkongsi kisah kahwin paksa yang sedang disiarkan stesen TV sekarang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil pendekatan menyiarkan drama bersiri adaptasi daripada novel karya Rehal Nuharis yang lebih dekat di hati golongan remaja.

Pastinya ia memberikan motivasi kepada remaja lain yang berdepan situasi sama dalam mengharungi kehidupan mencabar seawal usia remaja. Namun siapalah mereka untuk melawan takdir Allah.

13 episod drama bersiri bertajuk “Nana Nini Nunu” arahan Asri Alias ini berkongsi kisah bagaimana beberapa remaja yang berdepan situasi kekok, marah, dan memberontak bila terpaksa tinggal di rumah anak yatim setelah kehilangan ibu bapa masing-masing.

Drama Bersiri Remaja – Adaptasi Novel “Nana Nini Nunu” di TV1

Dibintangi pelakon Eyra Hazali, Ezlisa Loy, Erynne Erynna, Ezzrin Loy, Nasiruddin Nasir, Khatijah Tan, Yaya Maembong dan Ustaz Naufal, drama bersiri ini menemui penonton mulai 9 Mei ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 pagi mengisi slot Sutera di TV1.

Ia menyingkap perjalanan hidup beberapa remaja yang telah kematian ibu bapa menyebabkan mereka terpaksa tinggal di Rumah Anak Yatim. Di situ mereka mula berkenalan dan rapat. Apa sahaja yang dilakukan bersama. Tapi satu hari akibat kedegilan mereka menyebabkan mereka dihukum.

Nana, Nini dan Nunu semakin membenci Bonda. Tak kurang juga Geng Aliff Ba Ta yang sengaja mengacau mereka. Akhirnya pengetua rumah anak yatim tersebut membuat keputusan untuk memisahkan mereka.

Dapatkah mereka dipisahkan? Bagaimana pula hubungan Nana, Nini dan Nunu dengan Bonda?

Justeru usah ketinggalan menyaksikan drama menarik penuh emosi ini hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Ibu Mummy Mama Lakonan Amyra Rosli

Telemovie TANGISAN DALAM POKOK Lakonan Puteri Balqis