in , ,

Drama Fenomena THE WORLD OF THE MARRIED Ditayangkan di dimsum

Variasi hiburan dari Korea, Jepun dan Thailand! Ada dimsum entertainment, #BarulahRaya

Ramadan datang lagi. Namun, berbeza dengan Ramadan sebelum ini, bulan puasa disambut dalam keadaan yang sederhana, bertepatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna kedatangan bulan Ramadan dan Syawal dilalui dengan suasana muram. Bertepatan dengan slogan ‘Ada dimsum entertainment, #BarulahRaya’, kami membawakan variasi hiburan menarik, khusus untuk tontonan anda!

Antaranya, siri yang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan penggemar drama Korea, The World of the Married, kisah percintaan seorang jururawat dan doktor menerusi An Incurable Case of Love aka Love Last Forever, suka duka hubungan kekeluargaan dalam One Year serta drama diraja, The Crown Princess, yang berkisar tentang jalan hidup seorang puteri yang baru sahaja ditabalkan menjadi puteri mahkota.

Selain itu, dimsum entertainment turut membariskan beberapa filem popular dari Asia untuk anda saksikan bersama keluarga. 

Antara artis-artis yang bakal menemani anda ketika berbuka puasa dan hari raya termasuklah Chutimon Chuengcharoensukying, Chanon Santinatornkul, Teeradon Supapunpinyo dalam filem Bad Genius, Amanda Rawles dan Jefri Nichol menerusi Dear Nathan, hero kacak Marthino Lio dalam The Guys dan Chinaradi Anupongphichart, Peter Corp Dyrendal, Virapond Jirawetsuntorakul,  Natcha Juntapan dalam Latitude 6.

DRAMA BERSIRI

THE WORLD OF THE MARRIED

The World of the Married | Episod baharu setiap minggu |  16 Episod

Kehidupan Ji Sun-Woo boleh dikatakan sempurna. Hidupnya mapan, kariernya sebagai doktor cemerlang. Bersuamikan figura tampan bernama Lee Tae-Oh, mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. 

Sungguhpun kebahagiaan rumah tangga Ji Sun-Woo menjadi buah mulut ramai orang, namun, kesempurnaan itu pecah berkecai saat dia terjumpa pelembab bibir berona merah di saku jaket suaminya serta sehelai rambut merah panjang pada skarf miliknya. Secara tiba-tiba, kelakuan Tae-Oh berubah. 

Suaminya itu seperti menyimpan satu rahsia. Ji Sun-Woo mula berasa curiga dan meminta bantuan daripada pesakitnya. Rentetan daripada petunjuk dan bantuan tersebut, Ji Sun-Woo bertemu dengan satu kesimpulan – suaminya kini berselingkuh. 

Lebih memberatkan keadaan, perselingkuhan itu terjadi dengan seorang wanita bernama Yeo Da-Kyung yang merupakan temannya sendiri.

Pelakon: Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Han So-Hee, Park Sun-Young

An Incurable Case of Love aka Love Lasts Forever 恋爱可以持续到天长地久

An Incurable Case of Love aka Love Last Forever | Siri lengkap | 10 Episod

Ketika bertemu dengan seorang doktor bernama Doktor Kairi Tendo beberapa tahun lalu, Nanase Sakura sudah mula jatuh hati. Disebabkan hal tersebut, gadis berusia 23 tahun itu berazam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impiannya bergelar jururawat. 

Selepas berjaya mencapai cita-citanya, Nanase kini bertugas di hospital yang sama dengan Doktor Kairi Tendo. Begitupun, ketika bertemu dengan lelaki pujaannya itu, Doktor Kairi Tendo bukanlah seperti apa yang Nanase bayangkan. 

Nanase melihat Dokto Kairi Tendo terlalu mementingkan kesempurnaan dan selalu memarahi doktor dan jururawat yang turut sama bertugas dengannya. Sehinggakan, dia digelar ‘syaitan’ oleh rakan sekerjanya di hospital. 

Sementara itu, Nanase berusaha untuk mendapat perhatian Doktor Kairi Tendo, sehingga dilabel sebagai ‘perwira’ oleh yang lain. Tanpa disangka, Doktor Kairi Tendo yang berhati batu itu mula jatuh hati pada Nanase.

PelakonMone Kamishiraishi dan Takeru Satoh

One Year 一年 - Poster 01

One Year | Siri lengkap | 10 Episod + 2 Episod Khas | Akan Datang 

One Year mengisahkan tentang seorang ibu tunggal bernama Mook yang jatuh cinta dengan Tum, seorang bapa tunggal. 

Tum cuba untuk melamar Mook, namun Mook bimbang lima anak gadisnya, terutama Petch tidak boleh menerima kehadiran lelaki lain yang dikhuatiri bakal merosakkan hidupnya. 

Sementara itu, anak lelaki Tum iaitu Boom pula mahu melihat bapanya menjalani hidup gembira selepas melalui fasa sedih sejak kematian isteri. 

Melihatkan kesungguhan Mook dan Tum untuk mendirikan rumah tangga, kedua-dua keluarga tersebut membuat perjanjian untuk tinggal di bawah satu bumbung selama setahun. 

Namun, dalam tempoh setahun tersebut, jika salah seorang ahli keluarga tidak gembira tinggal bersama, Mook dan Tum perlu berpisah.

PelakonKathaleeya McIntosh, Sanya Kunakorn, Cherprang Areekul, Jirayu Laongmanee

The Crown Princess 公主罗曼史

The Crown Princess | Siri lengkap | 13 Episod | Akan Datang

Puteri Alice Madeleine Theresa Phillips baru sahaja ditabalkan sebagai Puteri Mahkota oleh datuknya di sebuah negara kecil bernama Hrysos. Pertabalan Puteri Alice bagaimanapun tidak dipersetujui oleh bapa dan ibu saudaranya. 

Hal ini kerana, Puteri Alice merupakan zuriat daripada anakanda kedua raja yang berkahwin dengan rakyat biasa. Tambahan pula, bapa tersayang telah mangkat manakala ibunya pula meninggal dunia ketika dia dilahirkan. Melihatkan ramai yang berasa cemburu dengan Puteri Alice, baginda diraja memutuskan untuk menghantarnya ke Thailand dan dikawal rapi oleh seorang pengawal berpangkat leftenan komander bernama Davin.

PelakonUrassaya Sperbund, Nadech Kugimiya, Sara Legge, Intad Leowrakwong

Sementara itu, terdapat beberapa drama lain yang sesuai untuk distrim sepanjang tempoh bulan Ramadan dan juga Syawal. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan In Time With You (Thailand), Extra-Ordinary You (Korea), My Himalayan Embrace (Thailand), Little Nyonya (Singapura), Deja Vu (Thailand) dan Himouta! Umaruchan (Animasi Jepun Ani-One).

FILEM

Bag Genius 模犯生 - Poster 01

Bad Genius

Lynn, seorang pelajar bijak yang mengaut keuntungan dengan menjual jawapan peperiksan kepada pelajar. Lynn menerima ‘tugasan’ bernilai jutaan Baht untuk menjual jawapan bagi STIC, peperiksaan antarabangsa seragam yang perlu diduduki sebelum boleh menyertai universiti-universiti terbaik dunia. Peperiksaan tersebut dijadualkan berlangsung pada hari dan waktu yang sama di seluruh dunia. Hal ini bermakna, Lynn perlu terbang ke negara lain yang mempunyai zon masa yang lebih cepat berbanding Thailand dan menghantar jawapan-jawapan peperiksaan kepada pelanggannya. Masalah timbul apabila Lynn memerlukan seseorang untuk menggantikan tempatnya ketika ketiadaannya. Hanya seorang yang dilihat layak, iaitu Bank pelajar lelaki yang menjadi musuhnya untuk merebut biasiswa. Namun, Bank tidak suka menipu.

PelakonChutimon Chuengcharoensukying, Chanon Santinatornkul, Teeradon Supapunpinyo

The Guys - Poster 01

The Guys

Alfi, seorang jejaka yang bercita-cita ingin menjadi bos jatuh cinta dengan anak bosnya, Amira. Konflik mula tercetus apabila bosnya iaitu Jeremy menyukai ibu Alfi yang kini sedang menjanda. Antara karier dan perhubungan, mana satu yang akan memberi kejayaan kepada Alfi?

PelakonRaditya Dika, Pevita Pearce, Marthino Lio

Dear Nathan

Sebagai pelajar baharu yang baru dipindahkan, apa yang Salma mahukan hanyalah fokus terhadap pembelajaran. Justeru, dia memilih untuk berkawan dengan individu tertentu sahaja. 

Namun, dia terlewat sampai ke sekolah pada hari pertama dan menerima bantuan Nathan, pelajar bermasalah untuk membantunya menyeludup masuk. Walaupun cuba menjauhi Nathan, namun lelaki itu menyatakan hasrat cinta kepada Salma.

PelakonAmanda Rawles, Jefri Nichol, Surya Saputra, Rayn Wijaya

Latitude 6 北纬六度线 - Poster 01

Latitude 6

Sungguhpun berlatar belakang negara Thailand, filem Latitude 6 mengetengahkan kisah percintaan dua agama berbeza. Latitude 6 berkisar tentang seorang lelaki bernama Ton yang berpindah ke Pattani atas urusan kerja. Kemudian, Ton jatuh cinta dengan seorang guru bernama Fah, yang merupakan seorang wanita beragama Islam. Konflik timbul apabila bapa Fah, yang merupakan seorang alim melarang percintaan mereka.

PelakonChinaradi Anupongphichart, Peter Corp Dyrendal, Virapond Jirawetsuntorakul,  Natcha Juntapan

Selain empat filem menarik ini, pelanggan dimsum entertainment juga boleh menyaksikan karya-karya menarik lain. Antaranya One Day (Thailand), Face Off 3 & 4 (Vietnam), Rough Play (Korea), Bruce Lee, My Brother (Hong Kong) dan Initial D (Taiwan).

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

What do you think?

93 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Paduan Vokal Padu Mus May & Oney Lipan Bara Hasilkan Lagu WE FIGHT

Lazada Hidangkan Juadah Buka Puasa, Tawaran Ramadan & Penghantaran Percuma