in , ,

Paduan Vokal Padu Mus May & Oney Lipan Bara Hasilkan Lagu WE FIGHT

Sebuah lagu baharu dihasilkan bersempena pandemik Covid 19 dan menyaksikan sebuah paduan vokal dua penyanyi bersuara tinggi, Mus May dan Oney Lipan Bara.

Lagu yang bertajuk We Fight ini dihasilkan bertujuan untuk menjentik semangat rakyat Malaysia untuk sama-sama berjuang melawan wabak yang kini melanda dunia. Bukan sahaja menyaksikan paduan dua vokal padu, namun lagu bergenre rock ini turut mempamerkan kerjasama para muzik handalan Malaysia terlibat dalam memberikan sumbangan mereka terhadap lagu yang diciptakan oleh Oney ini.

Para pemuzik yang terlibat dalam lagu We Fight ini adalah Firdaus Mahmud (pemain keyboard), Fly Halizor  (pemain bass), Ritz Metalasia (pemain gitar) dan Pae Naspa (pemain dram).

Menariknya mereka masing-masing merakamkan bahagian mereka beserta rakaman video di rumah sebelum digabung dan diedit oleh Oney sendiri. Sesi rakaman lagu ini dibuat secara normal baharu.

“Proses rakaman muzik dan vokal  bermula dari 21 April 2020 hingga 23 April 2020. Selepas itu proses rakaman video pula mengambil masa 4 hari untuk di buat di rumah dan studio rumah masing- masing. Oney telah mengumpul semua video dan audio dari semua  pihak dan membuat suntingan di rumahnya.

Hasilnya, pada 2 Mei 2020 video tersebut berjaya dimuatnaik di laman YouTube untuk tontonan ramai,” ujar Firdaus mewakili penggiat seni yang terlibat dalam lagu ini.

– Firdaus

Mereka juga mengharapkan agar rakyat Malaysia sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk duduk di rumah dan memutuskan rantaian pandemik Covid 19.

Info We Fight

Lagu, lirik, idea – Oney Lipanbara

Vokal- Mus May dan Oney

Gitar- Ritz Metalasia

Bass- Fly Halizor

Keyboard  dan synth- Firdaus Mahmud

Dram- Pae Naspa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Riz Amin Model | 16

RTM Hargai Guru Dalam Telemovie HALILINTAR & JALAN LAIN KE SEKOLAH

Married Park Hae Joon | 17

Drama Fenomena THE WORLD OF THE MARRIED Ditayangkan di dimsum