in

Drama Bersiri Popular Korea He’s Beautiful di 8TV

Drama bersiri popular Korea He’s Beautiful di 8TV!

Tayangan perdana di Malaysia
Slot Best of The East

He’s Beautiful
Tarikh Siaran: 14 Disember 2010 – 12 Januari 2011
Hari/Masa Siaran: Isnin – Jumaat, 8.30 – 9.30 malam
Bahasa: Mandarin
Episod: 22 x 60 minit

Di bintangi oleh: Jang Geun Suk, Park Shin Hye, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, Ulee
Sebuah drama remaja yang paling diminati dan mendapat rating tertinggi di Korea – He’s Beautiful akan mula disiarkan di 8TV Disember ini! Drama ini mengisahkan tentang tiga orang jejaka yang menyertai sebuah band K-pop yang di panggil A.N.JELL.

Konflik bermula ketika pengurus band tersebut, Ma Hoon-Lee, bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih ialah Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian menjadi huru-hara sehinggakan Hoon-Lee terpaksa merayu kepada Ko Mi-Nyeo yang merupakan kembar kepada Mi Nam untuk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh.

Rsd-He'S Beautiful (1)

Demi abang kembarnya, Mi-Nyeo dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. Pasangan kembar Mi-Nyeo dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapkah ibu bapa mereka yang sebenar

Keadaan menjadi lebih rumit apabila, Mi-Nyeo seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin-Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi-Nyeo namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin-Woo cuba membantu Mi-Nyeo dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi-Nyeo. Ketika dia cuba membantu Mi-Nyeo sedari sudah mula jatuh hati kepada Mi-Nyeo.

Tae-Kyeong juga mengetahui mengenai rahsia Mi-Nyeo dan cuba untuk menyingkirkan dia dari kumpulan terbabit. Tetapi selepas dia mendengar rayuannya dan mengetahui bahawa dengan muncul di kaca televisyen adalah peluang untuk Mi-Nyeo mencari ibu kandungnya, dia turut simpati dengan nasib dua beradik itu.

Rahsia Mi-Nyeo itu turut diketahui oleh seorang penyanyi pop Yu Hee-Yi. Ketika media menyiarkan cerita sensasi bahawa Hee-Yi dan Tae-Kyeong sedang berpacaran, Hee-Yi mengugut untuk membocorkan rahsia mereka dan memaksa Tae-Kyeong berpura-pura dan mengaku bahawa mereka berdua berpacaran. Hee-Yi menggunakan helah ini untuk kepentingannya sendiri. Beliau bersetuju untuk mengumumkan perpisahan beliau dengan Tae-Kyeong dalam satu sidang akhbar dan Tae-Kyeong bersetuju dengan rancangan tersebut untuk melindungi Mi-Nyeo.

Namun dalam diam Hee-Yi mula jatuh hati dengan Tae-Kyeong. Apa yang bakal terjadi dengan Mi-Nyeo? Adakah rahsia beliau akan terbongkar?

“8TV akan menyiarkan sebuah lagi drama popular Korea khas untuk penonton setia kami. Dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Korea, siri yang mendapat sambutan hangat di ini hadir dengan jalan cerita yang cukup menarik. Pelbagai aksi lucu dapat anda saksikan dalam drama ini yang pasti membuat anda tidak kering gusi” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Tontonilah drama bersiri He’s Beautiful yang di tayangkan kepada umum beremula 14 Disember 2010, jam 8.30 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Rsd-He'S Beautiful

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelan Tindakan Pembangunan Industri Muzik 2011

Lirik Lagu Kita Satu – Spider