in

Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton

Budiey nak ucap TAHNIAH kepada semua warga krew dan pelakon drama bersiri Bella yang berjaya mengamit 2.6 juta penonton di TV3! Bukan senang tu nak menarik jumlah penonton sebanyak itu. Tetapi Budiey ada dengar, ada satu lagi drama bersiri yang meletop dan berjaya menarik lebih 4.5 juta orang penonton. Wah! Jumlah sebanyak itu dah lebih dari penonton Buletin Utama sendiri, ye?

Ha, korang nak tahu tak drama apa? Jawapannya, drama Sindarella! Maklumat ini masih lagi dirahsiakan oleh TV3 tetapi Budiey dah dapat daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan Sindarella telah mencipta satu sejarah! Meletop, kan? Kalau benarlah berita ini, nampaknya TV3 kenalah meraikan juga para pelakon atau sekurang-kurangnya para pelakon diberikan bonus sebagai habuan ekstra. Hehe!

Seperti mana yang direncanakan oleh TV3, pada hari Jumaat lalu (13 Jun), para pelakon dan krew serta para media dijemput untuk majlis bacaan doa selamat untuk meraikan drama Bella yang telah pun tamat disiarkan di TV3.

Drama Bella yang dipopularkan melalui slot Akasia itu juga turut mencapai sebanyak 4 juta penonton online di tayangan episod akhirnya. Drama ini merupakan hasil arahan sutradara Adam Hamid dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd mula disiarkan di TV3 pada 4 Februari sehingga 15 Mei 2008 lalu.

Majlis doa selamat diadakan pada jam 3.30 petang, Jumaat lalu sebagai kesyukuran di atas kejayaan drama Bella sekaligus menaikkan rating slot Akasia.

Antara para pelakon yang turut hadir, Elly Mazlein, Ako Mustapha, Azhar Sulaiman, Iqram Dinzly, Dato’ Ismail Hudson, Irma Hasmie, Yatt dan ramai lagi.

Bella adalah drama bersiri ketika yang menghiasi slot Akasia selepas Manjalara dan Spa Q. Drama 60 episod ini telah menyerlah bakat Elly Mazlein yang memegang dua watak sebagai Bella dan Tengku Sandra. Pujian harus diberikan kepada Elly kerana telah berjaya menjadikan drama ini lebih menarik.

Jika korang peminat setia Bella, pastinya korang tahu konflik yang diharungi Bella sehingga dia sanggup menukar identiti yang dikenali sebagai Tengku Sandra. pada korang yang dah tengok episod akhir, akan dapat tahu bagaimana berakhirnya hidup Bella yang meninggal dunia dan meletakkan anaknya, Erik di bawah jagaan Mia.

Satu penamat yang sangat sadis dan meruntun perasaan dan ada penonton yang tidak menjangkakan penamatnya.

Sebenarnya, cabaran bagi pihak produksi pula, adalah kesuntukan masa. Namun, berkat kesabaran, mereka berjaya menghasilkan drama 60 episod dalam masa 4 bulan sahaja di samping menjaga cerita dan penerbitan.

Syabas!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Billboard Interaktif Sorakan Emosi @ Hypp.TV

Irma Hasmie Masih Bergaduh Dengan Fasha Sandha?