in

Irma Hasmie Masih Bergaduh Dengan Fasha Sandha?

Oklah, jawapan kepada entri trivia siapa empunya beg di bawah ini ialah IRMA HASMIE.

Kepada yang memberikan jawaban yang betul akan mendapat hadiah 3 hari 2 malam penginapan di rumah sendiri. Hehe…

2574940127 1923982108 | 4

Sebenarnya, Budiey tiba di Majlis Doa Selamat Bella agak lewat. Sebabnya, jam 3 petang, Budiey ada temujanji dengan Edrie Hashim yang menjemput kami untuk melawat studionya yang sudah setahun beroperasi. Di situ juga sempat berkenalan dengan band terbaru di bawah asuh didik Edrie sendiri iaitu Band Cili.

2579346481 08C8549203 | 5

Walaupun sampai lambat, Budiey sempat mendengar cerita dari salah seorang dramatis yang membintangi Drama Bella iaitu Irma Hasmie. Gadis yang sentiasa mesra dengan senyuman ini katanya baru balik dari Club Med Cherating untuk sesi fotoshoot di sana. Seronoklah sangat. Semua ditanggung, katakan.

Irma Hasmie kini sedang sibuk menjalani pengambaran drama Uda & Dara di bawah arahan Feroz Khan. Pengarah yang mengarah drama Kehangatan Lantana lakonan Fasha yang disiarkan di TV3 semalam. Korang tengok tak? Huh, Budi sempat tengok 15 minit yang terakhir je. Hari tu sempat gi tengok diorang buat pengambaran kat Ulu Langat.

Irma memegang watak kawan baik kepada Ako Mustapha yang belajar bersama di satu kolej bersama Bienda. Drama 26 episod ini menjalani pengambaran dibuat di Kedah ini terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Irma cakap, dia sedih sangat sebab tak banyak dapat tawaran berlakon filem. Ramai penerbit tak berani nak ambil Irma sebab dia ni jenis yang clean dan tak pandai buat kontroversi. Jadi, nama pun tak berapa nak naik sebab takde cerita yang gempak pasal Irma.

Dalam pada itu, itu mengekalkan nama dalam industri, Irma dah susun strategi. Antaranya, dia nak terbitkan filem pendek. Terbaru, dia akan menghasilkan filem pendek berjudul Traffic Light. Dana dapat daripada Finas manakala skrip ditulis oleh Iqbal Putra.

Hangat dulu cerita Irma Hasmie gaduh dengan Fasha Sandha yang kononnya merampas Farid Kamil daripadanya. Cerita pasal, Fasha Sandha dating dengan Farid Kamil di pawagam untuk menonton filem Transformers yang mencetuskan lagi konflik antara dua pihak. Kisah apabila wartawan hip Berita Minggu mengajak Irma bersemuka dengan Fasha Sandha dan Farid Kamil. Yang sedihnya, banyak cerita direka=reka oleh Fasha sehingga Irma tidak dapat memberi sebarang kenyataan membela dirinya. Farid pulak, orang tanya sepatah jawab sepatah. Kesian kat ko, Irma. Sabar jelah ek.

Lepas putus dengan Farid Kamil, Irma sehingga kini masih lagi tidak dapat mencari pengganti.

2579347745 0B63Df2A47 | 6

2580177954 18591C772F | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton

FILEM PENSIL TAK MAU KAUT UNTUNG?