in

Sekitar Pelancaran Billboard Interaktif Sorakan Emosi @ Hypp.TV

Pada jam 11 pagi tadi telah berlangsung Pelancaran Papan Iklan atau Billboard Interaktif Sorakan Emosi Hypp.TV yang pertama di Bintang Walk, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM), pelancaran Billboard interaktif yang pertama seumpamanya di Malaysia ini akan digunakan oleh peminat bola sepak bermula 6 Jun hingga 29 Jun 2008.

2579181761 1104Dd015C | 3

Majlis yang diacarakan oleh Aishah Sinclair ini turut dihadiri oleh pengulas sukan terkenal, Shebby Singh.

2580012948 3287956Fa2 | 4

Tujuan billboard ini diletakkan di tengah-tengah Bintang Walk adalah untuk menjadi platform kepada peminat bolasepak untuk menunjukkan sokongan dan pendapat mereka tentang pertandingan bola sepak antarabangsa itu. Dengan hanya menghantar SMS, mesej daripada peminat bola sepak akan tertera di papan billboard ini.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menaip EURO A atau EURO B (bergantung kepada pasukan yang lebih ditetapkan) diikuti dengan mesej SMS dan hantarkan ke 39111. Setiap SMS dikenakan 50 sen (tidak termasuk caj standard syarikat telekomunikasi) dan akan ditapis sebelum dipaparkan pada billboard.

2579184641 F5A937Abc4 | 5

Antara garis panduan untuk SMS tersebut adalah seperti:

  1. SMS mestilah berkaitan dengan Sorakan Emosi bola sepak.
  2. SMS hendaklah tidak menggunakan sebarang perkataan yang kasar, kurang sesuai termasuklah yang berunsur perkauman seks, keagamaan, tidak serius atau menghina.
  3. TM tidak berhak untuk menolak sebarang mesej tanpa nota terlebih dahulu.
  4. TM berhak untuk meminda garis panduan SMS tanpa notis terlebih dahulu.

2579182241 Aa2B0Fb6Ae | 6

Selain sesi demo untuk media, pelancaran juga mengadakan pelbagai permainan menarik untuk para media seperti Peraduan Boom Bang Vroom yang memerlukan peserta tercepat menghantar SMS di papan billboard, Peraduan Sorakan Media Paling Best dan Media Terawal yang mendaftar menjadi ahli Hypp.TV juga turut diberikan hadiah.

2579179619 72603Dcb6A | 7

Puan Zainab Hashim

Turut hadir di majlis pelancaran tadi, Puan Zainab Hashim, Naib Presiden Pemasaran Integrasi TM yang turut melancarkan Euro di Hypp.TV.

“TM berasa bangga menjadi penaja siaran online rasmi bagi Sorakan Emosi EURO kerana pertandingan ini bukan sahaja menarik minat pelanggan-pelanggan TM malah turut dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Billboard interaktif ini memberi peluang secara umum kepada semua peminat bola sepak untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pasukan dan pemain pilihan mereka.”

“Selain itu, sebagai penyiar online rasmi Sorakan Emosi EURO, peminat bola sepak kini mempunyai pilihan untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan secara langsung di Hypp.Tv baik di komputer mereka, komputer riba, PDA atau sebarang alat peranti yang boleh dihubungi dengan WiFi. Menerusi Hypp.TV kami mensasarkan untuk menjadi portal Malaysia terkemuka yang menawarkan kandungan video online premium kepada pengguna internet di Malaysia.”

Selain jadual perlawanan, penyokong bola sepak juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan Sorakan Emosi termasuklah berita terkini, jadual acara dan perlawanan, galeri foto 16 pasukan yang bertanding, keputusan terkini dan papan markah.

2580006152 Bfc2961B75 | 8

2579177311 1E362Af108 | 9

2579177953 2D81D243C3 | 10

2580008226 443452E1E2 | 11

2580010220 A2C63Cd500 | 12

2580010798 Ee5A7F7A3B | 13

2579185201 82Fc8Fc703 | 14

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aishah Sinclair @ Launching of TM Interactive Billboard

Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton