in , , ,

Ini Doa & Pesanan Awi Rafael Untuk Atikah Suhaime Selepas Putus

Pembatalan perkahwinan pasangan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime mengejutkan industri hiburan. Biarpun sudah rasmi putus, komposer dan penyanyi Awi Rafael tetap mendoakan bekas tunangnya, pelakon Atikah Suhaime agar meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Awi Rafael

Awi Rafael menitipkan pesanan ringkas namun mendalam kepada Atikah di laman Instagramnya @awirafael.

Atikah suhaime awi rafael

“Buat yang terbaik ok Atikah. Kita telah mencuba yang terbaik sebelum ini. Allah SWT lebih mengetahui…Amin,”

Dalam masa sama, penyanyi kelahiran Singapura ini mengucapkan terima kasih kepada pada pengikutnya yang tidak henti memberikan kata semangat.

“Kami akan tetap positif dan cuba teruskan kehidupan dengan pengajaran yang kami berdua miliki sepanjang tahun lalu.

“Tanggungjawab sekarang harus ke keluarga masing-masing. Insha Allah semua akan faham,”

Sementara itu, pasangan ini terus menerus menerima pesanan dan nasihat dari rakan selebriti\. Antara yang mendapat perhatian adalah kata-kata pesanan dari Sharnaaz Ahmad.

sharnaaz_a

“Buat Awi dan Atikah, harap bersabar dengan dugaan Allah ini… Perancangan Allah lebih halus dan teliti… Semoga awak berdua sentiasa dalam lindungan Allah… 

“Jodoh perpisahan kematian sudah ditulis sahabat.. Ujian buat kalian, redha dengan ketentuan Allah,”

– Sharnaaz Ahmad melalui Twitter

Pada hari Khamis lalu, Awi Rafael telah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pembatalan perkahwinannya dengan Atikah.

Tweet yang dikongsi Sharnaaz mendapat 64 ulang kicau (retweet) dan 314 tanda suka (likes).

Buat masa ini, punca mengapa perkahwinan mereka dibatalkan tidak didedahkan kepada umum.

Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.

Sebilangan besar pengikut di Instagram dua selebriti ini sedih dengan berita itu namun mendoakan agar keduanya reda dengan ketentuan takdir.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wafa Abdul Kadir

Pelakon Era 90an Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

Dato' Seri Siti Nurhaliza

EKSKLUSIF Temubual Bersama Siti Nurhaliza di Konsert On Tour Singapura