in , , ,

EKSKLUSIF Temubual Bersama Siti Nurhaliza di Konsert On Tour Singapura

Konsert Siti Nurhaliza On Tour tiba di destinasi kedua terakhir sebelum katanya akan diterbangkan ke London. Yang tu belum comfirm lagi. Yang pasti konsert malam ini mesti grand!

Pada malam ini, tanggal 16 Mac 2019, hari Sabtu merupakan satu lagi tarikh yang dinantikan oleh sekalian peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza di mana Konsert Siti Nurhaliza On Tour akan berkemundang di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Finally, tiba juga hari yang mendebarkan buat Siti Nurhaliza ni. Sebab khabarnya, stadium penuh membuatkan dirinya mahu lebih yakin untuk buat persembahan terbaik. Alah, kacang je. Bukan tak biasa kan, penonton sentiasa ramai.

Siti nurhaliza Singapore

Tiket Sold Out, Tokti Janjikan Persembahan Terbaik

Jangan ditanya lagi pasal tiket sebab tiket di konsert siri ketiga ini selepas Jakarta dan Singapura sudah pun habis licin. Sold out. Usai konsert di Singapura, Budiey sempat menemubual penyanyi nombor satu ini di belakang pentas. Jom tonton video ni. Kalau boleh, jangan lupa share dan like okay?

Budiey difahamkan tiada sidang media seusai konsert pada malam ini. Jadinya, peluang untuk menemubual dan bertanyakan tentang perkara-perkara berbangkit agak tipis dan tiada peluang langsung.

Persoalan yang bermain di minda para media sekarang ini adalah tentang konsert di London, adakah akan jadi kenyataan atau terpaksa ditangguhkan atau macamana. Harapnya dapat la direalisasikan sebab ramai peminat dah get ready untuk beli tiket flight KL-London siang-siang kan?

Selesai sudah dua lokasi untuk jelajah konsert #SitiNurhalizaOnTour iaitu di Jakarta dan Singapura. Rata-rata berpuas hati dengan persembahan sepanjang konsert yang meriah dengan permainan lampu pentas, pengolahan muzik dan tarian yang melatari penyanyi nombor satu negara itu.

Dengan latihan insentif, amalan pemakanan dan berbasikal untuk meningkatkan stamina, sudah tentu konsert malam ini akan berjalan lancar, hatapnya lah, semua okay-okay je kan.

Siti nurhaliza Singapore

Menurut Siti Nurhaliza, semasa pertengahan durasi konsert di Singapura hari tu, ada gangguan pada receiver monitor di telinganya. Rupa-rupanya ada masalah bateri nak habis. Haa, malam ni jangan lupa charge bateri receiver tu kasi penuh ya.

Apa-apa pun, Siti berpuas hati dengan semua penonton dan peminat di Singapura kerana mereka memang gerek sei!

Pada malam ini, khabarnya ada sedikit kelainan dan kejutan daripada susunan dan pemilihan lagu. Misalnya, ada lagu di Jakarta dan Singapura tidak dimainkan tetapi akan disajikan kepada peminat di Malaysia.

“Apa yang pasti, persembahan saya di Malaysia akan jadi lebih hebat kerana di antara ketiga-tiga konsert #SitiNurhalizaonTour, saya di maklumkan jumlah penonton di Malaysia adalah yang paling ramai kerana setakat ini sebanyak 10 ribu tiket sudah pun terjual. Jumlah tersebut jauh bezanya dengan Indonesia yang mencatat jualan sebanyak 4500 tiket manakala Singapura yang mencatat jumlah 3 ribu tiket terjual. Pastinya, saya tak sabar nak berjumpa dengan peminat saya pada Sabtu ini.

“Selain itu, konsep yang telah dipilih oleh pihak kami sudah pun disusun cantik. Tidak sabar untuk kami persembahkan kepada peminat kerana saya inginkan mereka merasai aura yang berbeza ketika menontonnya secara live di Axiata Arena nanti. “

Dipetik dari blog Donna

Malah, Tokti juga akui konsert jelajah kali ini merupakan back-to-back dan memerlukan latihan yang ketat.

“Apa saya lakukan adalah berlatih lebih awal selama sebulan lebih sebelum persembahan bergantung dengan konsep yang kami pilih. Misalnya, di Malaysia saya akan memulakan persembahan dengan irama tradisional di mana saya perlu menari dan ia melibatkan pergerakkan yang banyak. Jadi, perkara tersebut memerlukan latihan kerap,”

– Siti Nurhaliza

Semoga konsert malam ni menghiburkan semua yang hadir. Bawak duit banyak-banyak sebab ada macam-macam merchandise konsert dijual di perkarangan Axiata Arena!

Siti nurhaliza Singapore

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Doa & Pesanan Awi Rafael Untuk Atikah Suhaime Selepas Putus

Ras Adiba Radzi Sah Bergelar Isteri Kepada Mohamed Azam