in ,

Dahlah Kereta Remuk, Barang Berharga Tunku Hanis Dikebas

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga pula kejadian yang melanda pelakon tinggi lampai, Tunku Hanis apabila dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sekali gus mengalami kerugian.

Tunku Hanis

Menuruh Hanis atau nama sebenarnya Tunku Norhanis Tunku Salman, akibat kemalangan yang menimpa dirinya semalam, ia telah menyebabkan dia hilang barangan berharga iaitu wang tunai dan barang kemas setelah dicuri oleh individu tidak bertanggunjawab.

Hanis turut berasa kecewa dengan sikap individu berkenaan yang bagaikan tidak mempunyai hati dan perasaan kerana mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Assalam! Pada hari jadi saya 24hb Mei lebih kurang pukul 7.10 pm di Jalan Kuching, saya telah mengalami kemalangan yang teruk dan handphone saya pula rosak sehari suntuk, alhamdulillah saya selamat cuma terdapat kesan kesan lebam tapi malangnya terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri sejumlah wang tunai dari handbag saya & rantai emas yang tinggi sangat tinggi nilainya sewaktu saya sedang panik individu tersebut telah masuk ke dalam kereta saya dan mencuri. Saya sangat tak sangka terdapat manusia yang berhati sedemikian sanggup melalukan perkara terkutuk itu sewaktu orang dalam kecelakaan. Mungkin ini adalah pembalasan segala dosa-dosa saya makanya saya redha. Kepada pencuri itu, saya doakan semoga awak diberikan kebahagiaan dunia & akhirat. Kepada yang membantu saya, saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik anda. Kepada semua yang ada terlibat tentang kerja dengan saya dan tidak dapat menghubungi saya pada waktu itu dan saya tidak dapat melaksanakan beberapa tugasan saya, saya minta maaf sangat sebab saya terlibat dalam kemalangan & handphone saya pula rosak seharian. Kepada adik-adik anak yatim di Terengganu, akak minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat hadirkan diri seperti yang dijanjikan, minta maaf sangat sangat. Pada sesiapa yang tahu tentang kejadian ini dan tau apa sahaja sila DM saya, saya tak dapat berfikir dengan baik pada waktu itu. Tolong DM saya, terima kasih.

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Kemalangaan yang terjadi di Jalan Kuching di ibu kota semalam turut melibatkan beberapa penggunaa jalan raya yang lain ketika laluan tersebut kebetulan tiba-tiba dinaiki air.

Mujur Hanis sekadar cedera ringgan dengan lebam di anggota badan tetapi sayangnya kereta yang dinaikinya telah remuk teruk.

Selain kehilangan barang berharga, telefon bimbit miliknya turut rosak seterusnya menyukarkan dia untuk melaksanakan beberapa tugasan yang perlu diselesaikannya.

Tunku Hanis

Difahamkan ketika kejadian, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu bgai menghadiri program bersama anak yatim di sana.

Malah, dia turut meminta bantuan kepada mana-mana saksi yang terlihat kejadian itu untuk segera menghubunginya bagi menyelesaikan isu kehilangan barang peribadi miliknya itu.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 28 tahun itu juga berharap agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan punca kemalangan yang terjadi.

Last but not least! Sebelum nak cakap apa-apa tentang kejadian kemalangan, sila berada di tempat kejadian dulu baru boleh tuduh sesuka hati. Pelanggaran bukan disebabkan terlanggar apa apa kenderaan akan tetapi akibat air takungan di barisan kanan dan menyebabkan kereta hilang kawalan tertarik ke arah kiri. Apa-apa kejadian lain sewaktu itu tidak dapat dipastikan sebab semua dalam keadaan tegang, duduk dalam kereta yang tengah berpusing dulu baru tau apa keadaan dia. Sesiapa yang mengalami kemalangan akibat kemalangan yang berpunca dari kereta saya yang berpusing akibat hilang kawalan, saya akan bertanggungjawab & lillahitaala, saya tidak perasan akan apa-apa pelanggaran terhadap kenderaan lain. Tidak perlu untuk menghentam di sini kerana hanya yang mengalami yang tahu apa yang ada di dalam otak sewaktu itu & tidak dapat nak tahu apa yang terjadi selain panik masatu. Jumlah wang yang hilang hanya saya & ibu saya tahu & nilai rantai emas yang hilang hanya kami yang tahu jadi tidak perlu rasa macam tahu tentang hak & harta orang lain. Apapun saya minta maaf & jangan keruhkan keadaan. Hanya yang berada disitu yang tahu apa yang berlaku. Sekian terima kasih, assalam!

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Jelas Hanis, kemalangan itu terjadi disebabkan air bertakung di bahagian barisan kanan sehingga menyebabkan keretanya hilang kawalan sehingga tertarik ke arah kiri jalan.

Keretanya juga berpusing beberapa kali di atas jalan raya sebelum terlanggar beberapa kenderaan lain.

Dia juga berjanji untuk bertanggungjawab atas segala kerosakan yang dialami oleh pengguna jalan raya yang turut terlibat kemalangan bersamanya semalam.

Bagaimanapun, Hanis bertindak untuk tidak mendedahkan jumlah kerugian yang dialami akibat kehilangan wang tunai dan rantai emas yang disimpannya di dalam beg tangan.

Tunku Hanis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Saudara Susuan Dalam Telemovie DAFFODIL LARA

Dira Abu Zahar Dikecam Netizen Selepas Sindir Syed Saddiq di Twitter