in ,

Dira Abu Zahar Alami Keguguran

Selebriti terkenal, Dira Abu Zahar tidak sedar dirinya sedang hamil enam minggu dan mengalami keguguran pada awal bulan lalu. Meskipun kecewa dengan kejadian itu, Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof tetap redha menerima ujian tersebut.

“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran dia.”

Berkongsi cerita atas kejadian itu, Dira memberitahu ketika keguguran, dia sedang menjalani penggambaran di Terengganu.

“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

“Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke klinik pakar untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran. Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja.”

Dira mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas tamat penggambaran drama, Aku Bukan Dia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Ariana Rose di TV3

Cara Paling Mudah Kumpul Tesco Heroes And Friends