in

Cara Paling Mudah Kumpul Tesco Heroes And Friends

Dalam sebulan, ada dalam dua kali jugaklah Budiey curi masa untuk shopping kat Tesco. Nampaknya, dalam tahun 2013 ni, masa macam cemburukan Budiey. Biasanya, Budiey dapat pergi shopping sampai 4 kali seminggu, you!

Sekarang dah tak macam dulu. Semakin lama, terasa seperti tiada masa terluang untuk pergi shopping lagi. Hakikatnya, kerja sebagai blogger sepenuh masa ni, membuatkan jadual harian Budiey sangat padat dan sibuk. Kadang-kadang tu, masa untuk diri sendiri pun tak sempat. Apa tah lagi kalau nak pergi shopping di pasaraya.

Nak dijadikan cerita, pada bulan lepas, semasa kunjungan ke Tesco Extra Selayang, Budiey ternampak seorang kanak-kanak menangis teresak-esak sampai meleleh air hidung. Sedang ibunya pula puas memujuk, tangisan tak henti-henti. Tapi makin dipujuk, makin kuat tangisan budak tu. Kesian pulak Budiey tengok. Saje nak menyibuk dan terasa ingin tahu membuak-buak, Budiey pun cuba tanya ibunya, kenapa budak tu menangis, tak padan dengan badan dah besar. Rupanya, budak ni mahu iconic super heroes dari Disney Pixar iaitu Captain America dan merayu-rayu suruh ibu dia belikan. Laa patutlah, karakter mainan ni mana boleh dibeli tapi kena kumpul sticker sampai 10 barulah dapat satu karekter mainan. Mmm… kesiannya.

Nak tak nak, ibu budak tu terpaksalah shopping sakan kat Tesco semata-mata nak memenuhi permintaan anaknya. Betapa kasihnya ibu kepada anak. Nampak jelas kan kat situ?

[pullquote align=”right”]Cakap pasal shopping kat Tesco ni, Budiey ada banyak pengalaman. Salah satunya itulah, macam-macam manusia boleh kita jumpa. Maklumlah, pasaraya Tesco ni sangat besar, nak barang apa, semua ada kat sana. Selain harga barangan yang berpatutan, jarak pasaraya Tesco dengan rumah Budiey pun sangat dekat. Tak sampai 10 minit je sampai.[/pullquote]

Semasa mundar mandir dari rak ke rak, Budiey ternampak satu poster TESCO HEROES AND FRIENDS. Budiey pun bacalah apa yang tertulis kat poster tu secara details memandangkan apa yang berlaku sekejap tadi seakan sama dan ada kaitan dengan apa yang Budiey baca pada poster ni. Ooo… patutlah budak tadi menangis, rupanya dia mahu kumpulkan kesemua karakter mainan heroes yang ditawarkan.

Patutlah, Tesco sekarang ini sedang mengadakan Promosi Heroes and Friends sejak 29 October 2013 lalu. Sekarang sebenarnya masih sempat nak jadi pengumpul barang mainan ni. Kiranya ini adalah bukan barang sebarangan ya sebab ia adalah barang premium yang berlesen yang diinspirasikan dari komik Marvel dan kesemuanya adalah ikon super hero yang sangat terkenal. Yelah, siapa yang tak kenal dengan Captain America, Iron Man, Hulk, Spiderman, Woody, Buzz Lightyear, Sullivan dan Mike ni. Kalau korang suka tonton filem seperti Iron Man, The Incredible Hulk, Spiderman dan Monster Inc mesti korang kenal dengan karakter yang Budiey sebutkan tadi. Sangat eksklusif kan?

[pullquote]Jadi kepada pembaca Budiey.com khususnya yang menjadi peminat tegar dan pengumpul mainan Marvel, anda pasti akan teruja nak kumpul kesemua sekali kan?[/pullquote]

Kalau tanya Budiey, sah-sahlah Budiey nak kesemua sekali. Ye lah, siapa yang tak teruja apabila melihat karekter mainan Marvel seperti Captain America, Iron Man, Hulk dan Spiderman di rangkaian Tesco seluruh Malaysia. Paling membuatkan Budiey rasa super-excited bila kita boleh dapatkan sekali karekter mainan Pixar seperti Woody, Buzz, Sullivan dan Mike. Mmm… jadi, macamana caranya? Ada tak cara yang paling senang untuk mendapatkan kesemua sekali tanpa membelinya?

Budiey fikir, cara yang dibuat oleh Tesco ni ada baiknya dan kalau fikir balik, memang satu idea yang bijak. Ini juga dapat menimbulkan rasa seronok semua keluarga yang datang ke Tesco, tak kiralah yang muda ke tua ke, semua sama je, suka kumpul barangan permainan yang menjadi tulang belakang kepada watak utama filem.

Selain dapat memberi peluang kepada pelanggan mengumpulkan kesemua karakter yang mereka suka, tawaran ini menjadikan kita rasa dihargai oleh Tesco. Sekurang-kurangnya, ada barangan percuma apabila kita membeli belah kat Tesco. Dari dulu sampai sekarang apa yang buat Budiey setia jadi shoppers kat sini sebab Tesco ni mementingkan pelanggan. Bak kata mereka, pelanggan adalah keutamaan.

Tesco Heroes And Friends

Okaylah, baik Budiey terangkan secara ringkas kat sini, macamana nak dapatkan barangan mainan ni. Promosi TESCO HEROES AND FRIENDS ini bermula dari 29 Oktober 2013 hingga 26 Januari 2014. Kiranya, ada banyak masa lagi untuk kumpul kesemua sekali barangan mainan sebagai koleksi, kan?

Kalau nak dapatkan mainan yang cute ini, mudah sahaja. Anda cuma perlu berbelanja minima RM50 dalam satu resit di Tesco Malaysia dan anda akan dapat tukarkannya dengan satu STICKER Promosi. Kumpul 10 Sticker tersebut di sepanjang promosi Tesco Heroes and Friends ini dan anda boleh tukarkan ia kepada satu karekter mainan kartun tersebut mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan. Haaa, mudah kan?

Tesco Heroes And Friends

[dropcap]S[/dropcap]atu soalan yang sedang bermain di fikiran korang semua, adakah kita boleh pilih karakter mainan yang kita nak? Jawapan, tidak. Kita tak boleh pilih, cuma kita hanya perlu menerima sahaja kotak yang berisi karakter mainan itu tadi. Tengok pada nasiblah. Jadi, macamana pula kalau setiap kali tukar 10 sticker, anda mendapat karakter yang sama? Jangan risau, TESCO menyediakan hari-hari tertentu untuk anda bertemua dengan pengumpul yang lain dan anda boleh tukar suka sama suka.

Tesco Heroes And Friends

 

Tips Cara Paling Mudah Kumpul Tesco Heroes And Friends

[dropcap]N[/dropcap]ak senang dan cepat kumpul sticker? Haa, ada caranya. Promosi ini menjadi lebih menarik kerana Tesco begitu memahami kehendak pelanggan dan mahu menolong anda mempercepatkan proses untuk menebus sticker. Anda boleh membeli barangan runcit terpilih sahaja berjenama Dutch Lady, Unicharm, P&G, Permanis, Lam Soon, Mondelez, Mattel, 3M, Osram, Pensonic, Philips, Energizer, Sony, Toshiba, Faber dan Colgate. Pelanggan hanya ada satu pilihan untuk menebus karakter mainan apabila anda semua dah mencapai setem yang ke-5 dengan hanya menambah hanya RM4.90 sahaja.

Haa, sekarang ni, kalau korang semua masuk laman sesawang Tesco, ada tawaran istimewa karakter Thor edisi terhad!

Jadi, apa yang korang tunggu lagi, lekas shopping di Tesco dan kumpulkan kesemua koleksi karakter yang ditawarkan sekarang!

Budiey nak cuba sehabis daya dan kerja keras untuk mengumpul kesemuanya! Selebihnya, korang boleh tengok kat laman sesawang Tesco, klik: www.tesco.com.my

Tesco Heroes And Friends

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dira Abu Zahar Alami Keguguran

Apa Itu Anugerah MeleTOP ERA?