in ,

Dijangkiti Pelanggan Yang Beli Jualan Mereka Di Tepi Jalan, 7 Ahli Keluarga Achey Positif Covid

Wabak Covid-19 kini semakin mudah dijangkiti oleh ramai orang walaupun dengan penjagaan SOP yang ketat.

Begitulah nasib keluarga Achey setelah 7 ahli keluarga termasuknya ibunya Ngaisah Hassan, 73 tahun dijangkiti virus itu.

Dijangkiti dari Pelanggan

Menurut Achey, keluarganya yang menjalankan perniagaan di tepi jalan dijangkiti virus tersebut daripada pelanggan yang datang ke gerai mereka.

Terkini hanya abang dan ibunya yang masih mendapatkan rawatan di hospital, manakala kakaknya sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Ibu selebriti itu diletakkan di dalam wad untuk pesakit Covid-19 tahap 4 bagi mendapatkan pemeriksaan yang lebih rapi.

Lebih menyedihkan lagi kesihatan ibu Achey kini tidak menentu selain terpaksa ditidurkan secara meniarap dan memerlukan bantuan oksigen.

Selain 3 ahli keluarga itu, adik, adik ipar serta anaknya pula disahkan dijangkiti Covid-19, manakala dua lagi ahli keluarga Achey sedang menunggu keputusan ujian calitan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seungri | 23

Bekas Bintang K-Pop, Seungri Dihukum Penjara 3 Tahun

Shuib 2021 | 24

Minta Jangan Taasub Dengan Artis K-Pop, Peminat Tegar Perlekeh Teguran Shuib