in ,

Achey Jatuh Motor & Patah Tangan Gara-Gara Nak Cari Durian

Malang tak berbau, niat Achey mencari buah durian di dusun bertukar tragedi apabila terjatuh daripada motosikalnya semalam. Achey berkata dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat dan disahkan mengalami patah tangan kiri. Semoga Achey cepat sembuh ya.

Aduh sakitnya… sakit tu. Niat mahu mencari buah durian di dusun bertukar tragedi apabila terjatuh daripada motosikalnya pada Ahad. Itulah yang terjadi kepada pelawak Achey atau nama sebenarya Mohd Nasir Hamzah apabila dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat dan disahkan mengalami patah tangan kiri. 

Achey Jatuh Motor & Patah Tangan Gara-Gara Nak Cari Durian

“Sebenarnya saya pergi ambil durian pagi tadi dan entah macam mana terjatuh motor dari tebing dan saya tahan pakai tangan. Masa nak bangun tu rasa tangan kiri sakit. Saya tengok keadaan tangan dah bengkok, eh… saya syak patah ni. Doktor kata tangan saya akan kena operation. Tengoklah macam mana sebab sekarang kena puasa dan masukkan ubat” jelasnya. 

Penyanyi lagu ‘Sakit’ ini berharap keadaan kesihatannya akan kembali pulih secepat mungkin. Sementara itu, bercerita lanjut tentang perkara itu, Achey berkata, niatnya ke dusun untuk mencari durian bagi tujuan berniaga pada minggu hadapan. Bagaimanapun, ahli kumpulan Bochey ini memberitahu, kerja itu akan diambil alih oleh rakan kongsinya. 

Achey Jatuh Motor & Patah Tangan Gara-Gara Nak Cari Durian

“Niat nak tengok durian sebab minggu depan nak berniaga dekat belah-belah Segamat. Keadaan dah jadi macam ni jadi member akan ambil alih teruskan kerja-kerja ni,” ujarnya. 

Sama-sama kita doakan semoga Achey cepat sembuh. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bob Yusof Buka Kelas Vokal Atas Talian Sebagai Sumber Pendapatan Ketika PKP

Caprice Nekad Mahu Buat Pendedahan, Sekali Najib Razak & TMJ Tampil Komen Pasal Ebit Lew